Sarapan
Pagi tuh
janjinye pukul lapan dah kene siap skali check out hotel. So pagi tu excited la
bangun awal. Tapi seingat aku tak la awal mane dalam pukul 6.30 jugak la kalau
tak silap. Yang pasti pukul 7am kitorang dah ader kat café untuk sarapan. Then
jalan jalan jap sekitar hotel tu, nikmati pemandangan tasek toba dan parapat
village.
Usai sarapan, kitorang naik feri menuju ke Samosir Island.
SAMOSIR
ISLAND
Sejam menaiki feri, sampaila kat Ambarita Village. Yang populer kat
kampung ni ialah Istana Siallagan. Kitorang lawat Huta Siallagan. Kampung ni
biasa rumah 3 tingkat. Yang bawah sekali untuk haiwan ternakan. Tingkat 2 ruang
untuk keluarga tanpa bilik dan dapur. Tingkat tiga untuk simpan stok makanan.
Setiap
rumah kalau perasan ada monumen cicak kat atas pintu rumah. Tak de la nak kate
diorang ni agungkan cicak, Cuma katenye cicak simbol persahabatan. Campak je
kat mana2 pun, tetap boleh sesuaikan diri. Orang sini ajar anak dorang agar
pandai merantau tapi tak lupa kampung halaman. Jauh mane pergi pun hujung2
nanti tetap balik kampung.
Bak kate mas andy kemungkinan tahun 2050 nanti kampung ni mungkin
dah jadi tanah perkuburan sebab orang yang merantau, apabila mereka meninggal
dunia di luar kota, mayat mereka akan dibawa pulang dan dikuburkan di kampung
tempat mereka lahir.
Kalau
kita orang melayu dan islam, ucap selamat kita adalah selamat sejahtera atau
assalamualaikum. Orang di sini ucap selamat mereka adalah 'HORAS'. Kate mas
andy kalau nak beli barang ucap HORAS 3x baru dapat diskaun. Kalau tak, mahal.
PATUNG
SIGALE-GALE
Asal usul
kewujudan patung ni adalah kerana pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang
kematian anaknya. Sang raja terlalu rindu akan anaknya sehingga jatuh sakit.
Maka para bomoh diraja dipanggil untuk mengubati sakit sang raja.
Si Bomoh telah membuat patung ini yang pandai menari. Apabila raja merasa rindu akan anaknya, maka patung ini akan dibawa ke hadapan raja lalu ia menari. Makanya, kesihatan raja kembali pulih.
TOMOK
VILLAGE
Kat sini sepatutnye(dalam list) kitorang akan lawat makam. Oleh
kerana kesuntukan masa kami hanya jalan2 beli cenderamata. Aduhh nyesal betol
tak beli cenderamata kat sini.
Selamat tinggal samosir island...
SIMARJARUNJUNG
Melalui liku2 jalan yang sempit, cerun yang curam. Sebelah kanan
bukit sebelah kiri boleh la lihat pemandangan tasik toba yang kian jauh..
Sempitnya jalan dia rasa macam jalan tuh sesuai untuk one way je. Perasaan naik
lereng bukit ni lagi dasyat dari naik lereng bukit jalan Tapah nk ke Cameron
Highland. Dahsyat sangat. Jalan dah la sempit, berlopak-lopak pulak tu. Kecut
perut jugak rasa memandangkan sebelah kiri tuh gaung. Dah la naik bas.
Memang sepanjang perjalanan tak harap bertembung dengan mana-mana kenderaan.
Berangan
je la boleh. Jalan kat sini bukan jalan Tapah atau Highway Raub sunyi sepi
setiap sejam baru ada sebuah kereta di arah bertentangan. Setiap 15 minit te
konfem ade kendraan lalu. Sampai satu saat tetiba muncul sebuah lori dari arah
bertentangan. Kecut perut jugak, pada hemah aku mesti salah satu kenderaan kena
undur sampai jumpa tempat lapang dan selamat sikit baru leh cross. Tapi tidak.
Bas aku berhenti sejenak. Pilot keluar dari bas dan kawal situasi. En. Lori pun
bergerak perahan-lahan melewati kami. Dekat giler dengan dinding bas sebelah kanan aku je. Sikit pun
tak kena dan tak calar. Selamat. Perjalanan diteruskan.
Simarjarunjung merupakan sebuah pusat hentian macam RnR gitu tapi kat sini Cuma ada café je, takde stesen minyak. Simarjarunjung terkenal dengan teh halia nya dan di sinilah kenangan PAHIT tercipta.
Masuk tempat tu terus duduk tepi tingkap. Duduk je tetiba pelayan datang. Oleh sebab aku dah pernah minum teh halia versi Malaysia, so aku order jela. Ingatkan kena tunggu lama macam biasa tapi tidak. Pelayan tu terus ambil cawan tersedia kat atas meja dan tuang teh halia yang sedia ada dari jug yang dia pegang.
Aku pandang dan tergamam. Depan mata aku tersedia secawan air berwarna hitam. Hitam macam kopi pun ada. Seumur hidup inilah kali pertama aku melihat air teh warnanya hitam. Tiba-tiba jadi takut nak cuba rasa. Lepas nampak Aiin minum sikit, aku curious. Jadi aku pun cedok la sesudu air masuk mulut. Cett!! Pahitt!!! Sebenarnya tak tau la nak cakAP pahit ke ape. Seme rasa ada, pahit, pedas, dan berangin.
Rasa teh dan rasa manis takde langsung!! Mujur la kat atas meja tu ada disediakan krim dan gula halus. Macam lega sikit. Tapi lepas letak bende tu pun masih kuat lagi rasanye. Nak tolak atau buang, sayang. Sebab harganya mahal kot. Tak ingat berapa ribu rupiah dalam 5-6 RM jugak la.
Usai minum, Aiin pi bayar, sebelum keluar sempat la aku tengok
bahan-bahan yang terdapat dalam teh yang amat dahsyat tuh. Dahsat! Memang
dahsyat!! Telan je la. Semua dah sampai ke perut. Senyum jela tengok bahan2
tuh.
SIPISO-PISO
WATERFALL
Turun je dari bas, ingatkan boleh nampak air terjun 100meter depan
mata. Tapi tak, tak tau la berapa ribu kilometer air terjun tuh dari tempat aku
berdiri. Subhanallah takjub lajugak dengan ciptaan ALLAH dan bersyukur sebab
kali pertama dapat tengok air terjun yang gila-gila tinggi tu depan mata.
Then, aku
teman Masyi pi carik tandas. Tengok dari jauh macam tandas berbayar. hajat
masyi tercancel disitu. Oleh sebab itu, aku tak sempat bergambar beramai-ramai
bersama ahli rombongan berbackgroundkan air terjun. Kemudian kitorang bergambar
kat satu sudut lain. Kat sinilah pemandangan terakhir tasik Toba boleh dilihat.
Subhanallah cantik sangat. Tak sama pandangan mata sendiri dengan gambar yang
ditangkap.
BERASTAGI
Dari jauh nampak pemandangan gunung berapi. Tak ingat dah kisah yang
diceritakan pasal gunung berapi ni. Tapi
tanah kat sini subur. Orang kampung suka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Tapi tak tanam padi. Sampai beras pun takde lagi da. Dari sinilah dinamakan
tempat ni berastagi. Merata-rata tepi jalan ada orang menjual. Yang uniknya
wanita yang menjaja tu. Yang menjaja sambil menyusukan anak pun ada. Kat sini
memang perempuan yang bekerja cari nafkah, layan suami, jaga anak, si suami
kerja dia duduk relax dan buat anak jela.
Sepanjang
jalan nampak setiap rumah mesti ada arial. Tapi besar gile macam piring nak
kaji cuaca. Yang sedihnye tak dapat tangkap gamba arial besar tuh sebab bas
tengah jalan.
Sebelum sampai hotel, singgah pasar buah-buahan. Macam pasar malam la kalau kat malaysia. Kat sini
banyak dijual pisang kaki. Orang kampung suka tanam dan jual tapi diorang
sendiri pun tak makan pisang tuh.
Green
Garden Hotel
Dah gelap baru sampai. Sebelum check in makan malam dulu. Kat sini
dia hidang tomyam. Alaa lebih kurang menu malaysia je. Cuma ada taraf hotel la
sikit makanannya. Malam tu lepas post mortem bebudak laki terjun kolam. Yang
perempuan jira, kak susi n the gang pun join. Aku saangat teringin, tapi tade
masa nak layan. Masuk bilek, mandi, tidur.





bestnyaa.... nanti nk pegilah!
ReplyDeletehihii... pergilah, bestt sangatt...
Delete