Friday, June 26, 2015

Medan : 3rd day

GREEN GARDEN HOTEL, BERASTAGI

Inilah pagi terakhir dapat tengok suasana kampung, gunung ganang, hutan dan sebagainya. Lebih kurang 9 pagi kitorang bertolak ke bandar MEDAN. Sedihnye nak tinggalkan kawasan perkampungan dan hutan-hutan ni. Lepas ni jumpa hutan batu pulak. :(

BANDAR MEDAN
Dah mula kelihatan suasana bandar yang sesak dengan kenderaan. Kereta, motor. Lori , bas, sana-sini laju. Tapi ajaibnyer tader satu kemalangan pun yang berlaku. Orang indon ni walau diorang suka bawak laju, tapi berhemah di jalan raya. Hemah dan toleransi. Jalan raya dia memang bingit. Kalau tak dengar bunyi hon bukan jalan raya lah namanyer.
Pertama sekali lawat sebuah masjid pemberian belanda kepada sultan sebagai pertukaran sebuah tanah  yang belanda minta. Tak lawat mane pun, ambil gambar buat kenangan je. dekat Masjid tu, sikit pun tak ronda2 keliling. Then, lunch kat restoran simpang tiga. Ikan bakar dia cicah sambal lazat bangat sihhh.  Pastu pergi sebuah markas HIMSAK Medan.

HIMSAK MEDAN
Dalam list, HIMSAK bukan the main place kitorang nak lawat sebenarnye, yang paling utama sekali  AIAN. Tapi x pela, sampai je kat tempat tu, terkejut betul kitorang, tak sangka kitorang disambut dengan meriah sekali. Belum turun bas lagi dah ramai penyambut tetamu kat bawah, yang cantek, ganteng seme ader. Yang lagi terkejutnyer, dan tak disangka2, keluar je dari bas terpampang banner SELAMAT DATANG KE MEDAN, ROMBONGAN USIM dari HIMSAK Medan. Terima kasih himsak. Tak sangka betul kitorang akan disambut sebegitu siap ade banner lagi. Betul betul teruja dan terima kasih. Kat situ ade la jugak nampak budak-budak kuliyah waktu STAM tapi yang berjumpa dan sempat ambil gambarnye Wani silop dengan kak Ila yang dah kahwin tu je.
Terima kasih semua, layanan korang first class.

Sebelum sampai Garuda Plaza Hotel, singgah sebentar di kedai pelekat. Banyak betul kain pelekat, kain telekung dsb kat kedai tu. Yang bagusnye, kitorang tak beli ape2 lagi pelayan kedai terus bagi air mineral setiap orang dapat satu. Kat kedai ni la aku beli kain pelekat Apih. Yang kecewa kat sini aku melepaskan peluang tukar duit malaysia sebab tokey pakistan tu baik hati, lagipun payah nak jumpa keday money changer  kat sini. Kalau ada pun tutup sebab tengah PEMILU sekarang.


GARUDA PLAZA HOTEL
Petang baru sampai. Lepas check in barang, makan malam  di restoran simpang tiga. The first restaurant aku tambah nasi. Tak tau la naper, mungkin sebab lauk dia sedap atau aku memang tengah kelaparan.
Malam tu orang lain penat-penat nak tidur dan lepak je sambil online kat lobi, tapi tidak aku, kak ida dan jannah. Kitorang gatal nak keluar jalan. Tapi tader muslimin yang boleh teman. Pujuk punye pujuk, tade yang nak. Tetibe abe saqif nge abe wang bergerak keluar. Kitorang pun ikut sajjoo.

MEDAN MALL
Tak ingat la nama mall tu, medan mall la kot. Kat sini la aku beli baju untuk Jamal yang besar tu. Sampai sekarang (26/6/2015) aku tak pernah nampak lagi si budak Jamal pakai baju yang aku bagi te. Tak tau la, mungkin baju te besar sangat kot sebab tu mama dia tak beri pakai. Tunggu Jamal besar sikit dulu gamoknyer. By the way, Jamal tu anak buah aku.



Wednesday, June 10, 2015

Medan : Hari Kedua

Sarapan
Pagi tuh janjinye pukul lapan dah kene siap skali check out hotel. So pagi tu excited la bangun awal. Tapi seingat aku tak la awal mane dalam pukul 6.30 jugak la kalau tak silap. Yang pasti pukul 7am kitorang dah ader kat café untuk sarapan. Then jalan jalan jap sekitar hotel tu, nikmati pemandangan tasek toba dan parapat village.
Usai sarapan, kitorang naik feri menuju ke Samosir Island.


SAMOSIR ISLAND
Sejam menaiki feri, sampaila kat Ambarita Village. Yang populer kat kampung ni ialah Istana Siallagan. Kitorang lawat Huta Siallagan. Kampung ni biasa rumah 3 tingkat. Yang bawah sekali untuk haiwan ternakan. Tingkat 2 ruang untuk keluarga tanpa bilik dan dapur. Tingkat tiga untuk simpan stok makanan.
Setiap rumah kalau perasan ada monumen cicak kat atas pintu rumah. Tak de la nak kate diorang ni agungkan cicak, Cuma katenye cicak simbol persahabatan. Campak je kat mana2 pun, tetap boleh sesuaikan diri. Orang sini ajar anak dorang agar pandai merantau tapi tak lupa kampung halaman. Jauh mane pergi pun hujung2 nanti tetap balik kampung.
Bak kate mas andy kemungkinan tahun 2050 nanti kampung ni mungkin dah jadi tanah perkuburan sebab orang yang merantau, apabila mereka meninggal dunia di luar kota, mayat mereka akan dibawa pulang dan dikuburkan di kampung tempat mereka lahir.
Kalau kita orang melayu dan islam, ucap selamat kita adalah selamat sejahtera atau assalamualaikum. Orang di sini ucap selamat mereka adalah 'HORAS'. Kate mas andy kalau nak beli barang ucap HORAS 3x baru dapat diskaun. Kalau tak, mahal.

PATUNG SIGALE-GALE
Asal usul kewujudan patung ni adalah kerana pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang kematian anaknya. Sang raja terlalu rindu akan anaknya sehingga jatuh sakit. Maka para bomoh diraja dipanggil untuk mengubati sakit sang raja.


Si Bomoh telah membuat patung ini yang pandai menari. Apabila raja merasa rindu akan anaknya, maka patung ini akan dibawa ke hadapan raja lalu ia menari. Makanya, kesihatan raja kembali pulih.

TOMOK VILLAGE
Kat sini sepatutnye(dalam list) kitorang akan lawat makam. Oleh kerana kesuntukan masa kami hanya jalan2 beli cenderamata. Aduhh nyesal betol tak beli cenderamata kat sini.

Selamat tinggal samosir island...


SIMARJARUNJUNG
Melalui liku2 jalan yang sempit, cerun yang curam. Sebelah kanan bukit sebelah kiri boleh la lihat pemandangan tasik toba yang kian jauh.. Sempitnya jalan dia rasa macam jalan tuh sesuai untuk one way je. Perasaan naik lereng bukit ni lagi dasyat dari naik lereng bukit jalan Tapah nk ke Cameron Highland. Dahsyat sangat. Jalan dah la sempit, berlopak-lopak pulak tu. Kecut perut jugak rasa memandangkan sebelah kiri tuh gaung. Dah la naik bas. Memang sepanjang perjalanan tak harap bertembung dengan mana-mana kenderaan.

Berangan je la boleh. Jalan kat sini bukan jalan Tapah atau Highway Raub sunyi sepi setiap sejam baru ada sebuah kereta di arah bertentangan. Setiap 15 minit te konfem ade kendraan lalu. Sampai satu saat tetiba muncul sebuah lori dari arah bertentangan. Kecut perut jugak, pada hemah aku mesti salah satu kenderaan kena undur sampai jumpa tempat lapang dan selamat sikit baru leh cross. Tapi tidak. Bas aku berhenti sejenak. Pilot keluar dari bas dan kawal situasi. En. Lori pun bergerak perahan-lahan melewati kami. Dekat giler dengan dinding bas sebelah kanan aku je. Sikit pun tak kena dan tak calar. Selamat. Perjalanan diteruskan.

Simarjarunjung merupakan sebuah pusat hentian macam RnR gitu tapi kat sini Cuma ada café je, takde stesen minyak. Simarjarunjung terkenal dengan teh halia nya dan di sinilah kenangan PAHIT tercipta.

Masuk tempat tu terus duduk tepi tingkap. Duduk je tetiba pelayan datang. Oleh sebab aku dah pernah minum teh halia versi Malaysia, so aku order jela. Ingatkan kena tunggu lama macam biasa tapi tidak. Pelayan tu terus ambil cawan tersedia kat atas meja dan tuang teh halia yang sedia ada dari jug yang dia pegang.

Aku pandang dan tergamam. Depan mata aku tersedia secawan air berwarna hitam. Hitam macam kopi pun ada. Seumur hidup inilah kali pertama aku melihat air teh warnanya hitam. Tiba-tiba jadi takut nak cuba rasa. Lepas nampak Aiin minum sikit, aku curious. Jadi aku pun cedok la sesudu air masuk mulut. Cett!! Pahitt!!! Sebenarnya tak tau la nak cakAP pahit ke ape. Seme rasa ada, pahit, pedas, dan berangin.

Rasa teh dan rasa manis takde langsung!!  Mujur la kat atas meja tu ada disediakan krim dan gula halus. Macam lega sikit. Tapi lepas letak bende tu pun masih kuat lagi rasanye. Nak tolak atau buang, sayang. Sebab harganya mahal kot. Tak ingat berapa ribu rupiah dalam 5-6 RM jugak la.
Usai minum, Aiin pi bayar, sebelum keluar sempat la aku tengok bahan-bahan yang terdapat dalam teh yang amat dahsyat tuh. Dahsat! Memang dahsyat!! Telan je la. Semua dah sampai ke perut. Senyum jela tengok bahan2 tuh.


SIPISO-PISO WATERFALL

Turun je dari bas, ingatkan boleh nampak air terjun 100meter depan mata. Tapi tak, tak tau la berapa ribu kilometer air terjun tuh dari tempat aku berdiri. Subhanallah takjub lajugak dengan ciptaan ALLAH dan bersyukur sebab kali pertama dapat tengok air terjun yang gila-gila tinggi tu depan mata.
Then, aku teman Masyi pi carik tandas. Tengok dari jauh macam tandas berbayar. hajat masyi tercancel disitu. Oleh sebab itu, aku tak sempat bergambar beramai-ramai bersama ahli rombongan berbackgroundkan air terjun. Kemudian kitorang bergambar kat satu sudut lain. Kat sinilah pemandangan terakhir tasik Toba boleh dilihat. Subhanallah cantik sangat. Tak sama pandangan mata sendiri dengan gambar yang ditangkap.


BERASTAGI
Dari jauh nampak pemandangan gunung berapi. Tak ingat dah kisah yang diceritakan pasal gunung  berapi ni. Tapi tanah kat sini subur. Orang kampung suka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi tak tanam padi. Sampai beras pun takde lagi da. Dari sinilah dinamakan tempat ni berastagi. Merata-rata tepi jalan ada orang menjual. Yang uniknya wanita yang menjaja tu. Yang menjaja sambil menyusukan anak pun ada. Kat sini memang perempuan yang bekerja cari nafkah, layan suami, jaga anak, si suami kerja dia duduk relax dan buat anak jela.
Sepanjang jalan nampak setiap rumah mesti ada arial. Tapi besar gile macam piring nak kaji cuaca. Yang sedihnye tak dapat tangkap gamba arial besar tuh sebab bas tengah jalan.
Sebelum sampai hotel, singgah pasar buah-buahan. Macam  pasar malam la kalau kat malaysia. Kat sini banyak dijual pisang kaki. Orang kampung suka tanam dan jual tapi diorang sendiri pun tak makan pisang tuh.

Green Garden Hotel
Dah gelap baru sampai. Sebelum check in makan malam dulu. Kat sini dia hidang tomyam. Alaa lebih kurang menu malaysia je. Cuma ada taraf hotel la sikit makanannya. Malam tu lepas post mortem bebudak laki terjun kolam. Yang perempuan jira, kak susi n the gang pun join. Aku saangat teringin, tapi tade masa nak layan. Masuk bilek, mandi, tidur.



Thursday, June 4, 2015

Parapat Village dan Tasik Toba

Sampai di kawasan Parapat, mas Andy cerita la tentang asal nama parapat ni. Banyak juga la koleksi cerita yang dia bagi tapi satu je versi yang aku ingat. Ceritanya berbunyi begini:

Kawasan parapat suasananya lebih kurang macam kat Cameron Highland, sejuk, pergunungan.
Oleh sebab sejuk, ada la sepasang suami isteri yang baru kahwin ni. Si isteri yang sejuk berkata kepada suaminya, pak, rapat pak…  kata2 itu di ulang selalu hinggalah akhirnya perkampungan itu dinamakan Parapat.

Oleh kerana kampung ini berada sekitar tasik toba, maka kebanyakan penduduk di sini berketurunan batak Toba


SIANTAR HOTEL
Sampai di Parapat, terus check in Siantar hotel. Kira-kira pukul 2pm gitu sampainya. Kat sinilah aku telah melakukan sesuatu yang paling merugikan diri sendiri dan seorang traveller tak patut buat pun.

Masuk bilik, awal2 rumet dah chop katilnyer sebelah tingkap, aku redho jela.  Kami membersihkan diri, solat jamak zohor dan asar. Oleh kerana penat 5 jam perjalanan di dalam bas, kami terTIDUR. TIDUR? Haa ini lah  yang aku kata perkara yang paling merugikan yang aku dah buat.

Tidur siang kott!! (kalau 'just take a nap', it's ok)

Seorang pengembara tak patut tidur selagi belum masanya tak kiralah penat macam mana pun. . Kan dah terlepas peluang nak rewang2 sekitar siantar hotel, parapat village dan menikmati keindahan tasik toba sambil tangkap gambar selfie mahupun yang bukan selfie.

Tak mengapalah, ku maafkan diriku sebab itu kali pertama travel, insha ALLAH travel yang seterusnya nanti tak kan ku ulangi lagi..
 Sebenarnya banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat sepanjang lawatan antarabangsa ini..

Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang kecewa dan sesal tak berguna. Adat la orang mengembara mesti banyak kenangan dan pengajaran yang ditimba.

5.30pm
Tersedar dari lena yang panjang.

Medan : Hari Pertama

Kami diambil oleh sebuah bas yang mempunyai pilot(saiful adli), co-pilot dan seorang pemandu pelancong. Perjalanan kami yang sepatutnya bermula di pesantren, terpaksa diubah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi kami menuju ke Tasik Toba bermula pada 7.30 am. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Sepanjang perjalanan,, begitu banyak masjid yang kulihat. Kira kira setiap 10 KM ada sahaja masjid di tepi jalan. Yang uniknya, setiap dari masjid tersebut mempunyai kubah berwarna putih berkilat, silver.

Yang kedua, jalan raya di Indonesia tidak lekang dari bunyi hon. Berbeza dengan Malaysia hon dibunyikan bersama nada kemarahan. Namun di Indonesia hon dibunyikan atas pelbagai sebab, apa yang aku dapat perhatikan adalah yang pertama, hon dibunyikan dua kali untuk memberitahu kenderaan dihadapan bahawa kita ingin memotong. Kedua, hon dibunyikan atas sebab ingin memberitahu kenderaan di sebelah kiri agar ketepi sedikit atau untuk memberitahu kenderaan di sebelah kiri supaya jangan masuk simpang lagi, bagi aku jalan dulu, begitulah lebih kurang. Fungsi hon di sini adalah untuk memberitahu, bukan untuk memarahi.

Destinasi pertama yang disinggahi ialah pasar bengkel yang menjual dodol dan kerepek. Kebanyakan harganya Rp 7,000. Rm2 lebih kurang harga di Malaysia.

1012am:
sampai di Paten, kedai menjual aneka makanan ringan berasaskan kacang tanah yang                           dinamakan ting2, teng2 tong2, tung2, tang2, pang2.  di kedai ini kami dibenarkan merasa makanan tersebut sebelum membeli. Aku beli dua kotak, satu untuk housemate, satu lagi untuk family.
Setiap satu berharga Rp25000 bersamaan Rm8.

1045am:
Bertolak ke rumah makan Beringin Indah untuk lunch makanan Jawa. Yang spesial kat situ kami diberi makan puyuh goreng.

Permatang Siantar merupakan bandar kedua terbesar di Medan. Di sini merupakan kawasan batak simalungun. Baru ku tahu orang batak bukan satu, ada banyak jenis seperti Batak Simalungun dan Batak Toba. Namun Batak Toba yang paling terkenal antara batak-batak lain.

1315pm :
Sampai Tasik Toba. Terpegun dan terpesona melihat Tasik Toba yang luas dan macam tidak berpenghujung. Subhanallah.. Cantik sangatt.. Kemudian check-in di hotel siantar parapat village..

Ada kisah nak cerita tentang parapat village ni..


Medan : Sumatera Indonesia : 1

Pertama kali aku mengunjungi Sumatera Utara Indonesia. Banyak pengalaman dan pengajaranyang aku dapat dari perjalanan merentas selat Melaka pada kali ini.

11pm, Ahad :
 berkumpul di Akasia menuggu bas untuk ke KLIA. Tersentuh hati dengan kehadiran dua orang sahabat sekelas dan serumah yang sudi menghantar saya dan melambai kami ketika kami ingin bertolak pergi.  Terima kasih Khai dan Nad.

Kunjungan ke Indonesia ini merupakan satu sesi Lawatan Antarabangsa yang wajib dianggotai oleh setiap pelajar Usim yang dibahagikan mengikut program masing-masing. Kami diiringi oleh Dr Nasief  pensyarah USIM dan  En. Muhammad Ghous dari Al-Hijrah travel membantu urusan perjalanan kami sepanjang berada di Medan.

KLIA
 Selepas taklimat, kami semua menuju ke balai check-in. setiap orang menyerahkan pasport masing-masing untuk urusan check-in. Oleh kerana bilangan kami yang ramai, kami terpaksa tunggu buat seketika sebelum nama kami dipanggil untuk urusan memasukkan beg ke dalam kargo.

Ketika itu tiba-tiba ust. Ghous memanggil Haziqah selaku runner dan orang yang paling banyak membantu  melancarkan urusan kami ke medan ini.
 Pada mulanya kami biasa-biasa sahaja namun setelah melihat agak lama perbincangan antara Haziqah, en Ghous dan MT yang lain , aku mula rasa ada yang tak kena. Rupa-rupanya passport pengiring kami, DR Nasif, akan mencapai tarikh luputnya. Jika perjalanan diteruskan tanpa memperbaharui passport, masalah lain akan timbul.

Perjalanan terpaksa diteruskan tanpa Dr Nasief. Dalam kesedihan, kami semua terpaksa melepaskan Dr. Nasief pulang semula ke Nilai. Semua sudah hilang semangat pada ketika itu kerana tiada wakil pensyarah USIM mengiringi perjalanan kami kesana.

Kira-kira 5.40 pagi Malaysia, kami menaiki MAS BOEING XXX . Kapal terbang bergerak pada 5.50am dan sampai pada 6.50am Malaysia. Sampai di Medan, semua kalut mencari surau untuk menunaikan Solat memandangkan hari sudah siang walau pada waktu itu jam baru menunjukkan pukul 6am waktu Indonesia.


Monday, June 1, 2015

Sg. Jempol : the last day

Hari ni kitorang jalan ke rumah atuk, moyang Iman lah kot.. Kitorang kene lalu sebelah jirat cina ni sebelum masuk kawasan ladang.

kitorang jalan bersama Inang, adik Enit dan bersama budak-budak chomel yang lain. Jalan kat kawasan sawit boleh bayang sendiri lah rupe die, ada lekak2 sikit, naik bukit, turun bukit..

Lebih kurang 15 menit meredah hutan sawit, maka sampailah kitorang kat rumah atuknye. Si atuk tengah nak buat pagar ayam. Nak kate reban , tak macam reban, nak kate rumah ayam pun tempat tu tak macam rumah, pagor je la.. Maaf la, gamba pagor ayam yg da siap tak ter snap pulak..

Selamat tinggal atuk dan nenek.. Kitorang nak pergi pancur air pulak… :D >>excited<<    pancur air a.k.a. air terjun kecil. setengah jam berjalan, maka sampailah. Kat sinilah aku diberi gelaran oleh Zila sebagai 'Wanita batu'. haha

Malamnye : majlis penyerahan signboard seperti yg dijanjikan..
Persembahan akustika sg. jempol..
Pidato dari ikhwan-ikhwan Medina..

Waktu ikhwan Medina tengah lantang berpidato about Islam, tetiba ada guruh dan angin ribut macam nak hujan. Orang kampung riuh rendah. Pastu ada yang start moto terus blah aka balik rumah. Aku pelik jugak, tak tau la diyorang balik tu sebab takut hujan atau rasa tak senang dengar isi pidato ikhwan Medina.

Tak aku nafikan bahawa isi pidato salah seorang ikhwan tu agak strict sikit.. 

ESOKNYE

Majlis penutup. Selamat tinggal Sg Jempol aka Semaq Beri.. Moga hidayah Islam terpancar di sini. Jika bukan sekarang, mungkin generasi akan datang.. Generasi 'Iman'... :)

Sg Jempol : hari ke-3 dan 4

Hari KEtiga

Ok, hari ketiga aku tak pergi ziarah. Pepagi tu Aku antara peserta jungle trekking kat
Lubuk yu. Wow teruja giler seumur hidup tak pernah jungke trekking kat hutan lubuk yu. Selalunya gi mandi je, tak pun pergi basoh baju bila UJ takde air. Tak penah pulak pegi menjelajah hutannye.

Jungle trekking ni sampai tahap 3 je bak kata penunjuk arah. Penunjuk arah tu cakap , kalau sampai tahap 4, lagi susah karang sampai merangkak-rangkak kitorang panjat bukit. 

Sampai tahap 3, kitorang turun ikut jalan sungai. Tempat tu agak berbatu. Dan kat sinilah aku kene vampire. Di isAP darah aku kat kaki. Kuang ajar betoii lintah tu..
Hahaa, waktu aku nampak lintah tu kan, aku jerit., tak tau la ade gak euk dengar ke tak aku punye jeritan tu.. Huhu

Bukan takut tapi geli. Tataw la nape, da cube da sedaye upaye nak cabut seniri, tapi bile nampak je badan lintah tu, geli geleman kome lihat nye… eeeeyy

Perjalanan dalam hutan tu memang agak mencabar la.
Sampai ambik gamba pun tak berape nak terang.

Sebabnye pegang camera sebelah tangan je, yang sebelah lagi memaut pokok2 kecil, takut jatuh..


HARI KE empat

Hari ini pepagi kitorang kene ziarah lagi. Tapi bukan dengan tangan kosong ea, hari ini
Kene bawak beras, nak bagi kuarge angkat..

Hari ini bebudak laki blaja wat sumpit. Kitorang (yang perempuan) tengok je ler..

Yes! Jap agy nak pegi menyumpit.. xD..

Haha, budak sebelah nie
Klaka la. Da tak engat namenye ape. Disuruh senyum, tak senyum2. pastu aq cakap la senyum sampai nampak gigi . Ha, macam ni lah hasilnye..:)


Jom kiter menyumpitt…. :)

dengan sedihnya aku nak isytihar bahawa gambar tak dapat disiarkan. tak tau la kenape takleh nak upload.. :(

Rase macam ni lah hari last kitorrang kat uma nie… bergambar jap sblm balik..
Aku, kak nasim, kak Janah, syakira, kak nana, kak zila, init, iman

Petang tu Zila dengan adik iparnye ajak jalan-jalan ke kuil sri marathandavar..

First time kot dapat masuk kawasan kuil ni.
Biasanya lalu je kat depan kuil nie bersama family bila nak jalan ke kuantan atau maran..

Rase macam pegi zoo pulak, bcoz ada Kawasan burung merak.. Rupenye org india ni agungkan burung merak. Sekarang baru faham kenape sari diorang atau bebarang perhiasan diyorang wane wani..

sebelah malamnye, ada pertandingan ratu chantek Sg Jempol. this is our task to make up kak Zila.. kak Zila, bersedialah..