Thursday, June 4, 2015

Medan : Hari Pertama

Kami diambil oleh sebuah bas yang mempunyai pilot(saiful adli), co-pilot dan seorang pemandu pelancong. Perjalanan kami yang sepatutnya bermula di pesantren, terpaksa diubah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi kami menuju ke Tasik Toba bermula pada 7.30 am. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Sepanjang perjalanan,, begitu banyak masjid yang kulihat. Kira kira setiap 10 KM ada sahaja masjid di tepi jalan. Yang uniknya, setiap dari masjid tersebut mempunyai kubah berwarna putih berkilat, silver.

Yang kedua, jalan raya di Indonesia tidak lekang dari bunyi hon. Berbeza dengan Malaysia hon dibunyikan bersama nada kemarahan. Namun di Indonesia hon dibunyikan atas pelbagai sebab, apa yang aku dapat perhatikan adalah yang pertama, hon dibunyikan dua kali untuk memberitahu kenderaan dihadapan bahawa kita ingin memotong. Kedua, hon dibunyikan atas sebab ingin memberitahu kenderaan di sebelah kiri agar ketepi sedikit atau untuk memberitahu kenderaan di sebelah kiri supaya jangan masuk simpang lagi, bagi aku jalan dulu, begitulah lebih kurang. Fungsi hon di sini adalah untuk memberitahu, bukan untuk memarahi.

Destinasi pertama yang disinggahi ialah pasar bengkel yang menjual dodol dan kerepek. Kebanyakan harganya Rp 7,000. Rm2 lebih kurang harga di Malaysia.

1012am:
sampai di Paten, kedai menjual aneka makanan ringan berasaskan kacang tanah yang                           dinamakan ting2, teng2 tong2, tung2, tang2, pang2.  di kedai ini kami dibenarkan merasa makanan tersebut sebelum membeli. Aku beli dua kotak, satu untuk housemate, satu lagi untuk family.
Setiap satu berharga Rp25000 bersamaan Rm8.

1045am:
Bertolak ke rumah makan Beringin Indah untuk lunch makanan Jawa. Yang spesial kat situ kami diberi makan puyuh goreng.

Permatang Siantar merupakan bandar kedua terbesar di Medan. Di sini merupakan kawasan batak simalungun. Baru ku tahu orang batak bukan satu, ada banyak jenis seperti Batak Simalungun dan Batak Toba. Namun Batak Toba yang paling terkenal antara batak-batak lain.

1315pm :
Sampai Tasik Toba. Terpegun dan terpesona melihat Tasik Toba yang luas dan macam tidak berpenghujung. Subhanallah.. Cantik sangatt.. Kemudian check-in di hotel siantar parapat village..

Ada kisah nak cerita tentang parapat village ni..


No comments:

Post a Comment