Hari ni
kitorang jalan ke rumah atuk, moyang Iman lah kot.. Kitorang kene lalu sebelah
jirat cina ni sebelum masuk kawasan ladang.
kitorang jalan bersama Inang, adik Enit dan bersama budak-budak chomel yang lain. Jalan kat
kawasan sawit boleh bayang sendiri lah rupe die, ada lekak2 sikit, naik bukit, turun bukit..
Lebih
kurang 15 menit meredah hutan sawit, maka sampailah kitorang kat rumah atuknye. Si atuk tengah nak buat pagar ayam. Nak kate reban , tak macam reban, nak kate rumah
ayam pun tempat tu tak macam rumah, pagor je la.. Maaf la, gamba pagor ayam yg
da siap tak ter snap pulak..
Selamat
tinggal atuk dan nenek.. Kitorang nak pergi pancur air pulak… :D
>>excited<< pancur air a.k.a. air terjun kecil. setengah jam berjalan, maka sampailah. Kat sinilah aku diberi gelaran oleh Zila sebagai 'Wanita batu'. haha
Malamnye
: majlis penyerahan signboard seperti yg dijanjikan..
Persembahan akustika sg. jempol..
Pidato dari ikhwan-ikhwan Medina..
Waktu ikhwan Medina tengah lantang berpidato about Islam, tetiba ada guruh dan angin ribut macam nak hujan. Orang kampung riuh rendah. Pastu ada yang start moto terus blah aka balik rumah. Aku pelik jugak, tak tau la diyorang balik tu sebab takut hujan atau rasa tak senang dengar isi pidato ikhwan Medina.
Tak aku nafikan bahawa isi pidato salah seorang ikhwan tu agak strict sikit..
ESOKNYE
Majlis penutup. Selamat tinggal Sg Jempol aka Semaq Beri.. Moga hidayah Islam terpancar di sini. Jika bukan sekarang, mungkin generasi akan datang.. Generasi 'Iman'... :)
No comments:
Post a Comment