Thursday, May 29, 2014

kak Auni, SYAFA KILLAH!! :-)



Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai.

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Tabahnye kak Auni..

Kuatnye kak Auni..
Sabarnye kak Auni..

Sampai saya yang tak diuji dengan ujian yang seberat itu, dah tak tahu nak bagi kata-kata semangat dan kata-kata penguat apa lagi untuk kak Auni..


kak Auni saangatt STRONG!!
sebab itu Allah uji, sebab Allah tau, kak Auni boleh hadapi dan Mampu!

tak tau nak bagi kata-kata apa yang boleh buat kak Auni sentiasa KUAT dan TABAH..

hanya mampu berdoa, Syafa killah, kak Auni.. moga cepat sembuh ye akaq sayang.. ;)

ingat, bila kak Auni rasa sakit dan lemah, ingatlah bahawa Allah sentiasa di sisi kak Auni. Mohonlah pada Allah, Dia yang memberi kesakitan, Dia juga yang berhak menarik balik kesakitan itu..

kak Auni pun tahu kan, Allah takkan senang-senang nak bagi akak sakit melainkan Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik.. Ya Allah, banyaknye pahala kak Auni dapat selama menanggung ujian ini..

Ya Allah, cepat-cepat sembuhkan kak Auni ye.. moga tercapai hasrat kak Auni dan hasrat kitorang semua nak tengok kak Auni dapat belajar semula sama-sama sem depan, in shaa Allah..

kak Auni kuat ye! :)

#pray4Aunie&Bani



gambar perkahwinan kak Auni dan Bani


lawatan pensyarah USIM

selepas pembedahan tulang belakang

Wednesday, May 28, 2014

Belajar Sebelum Memimpin

Berkata Saidina Umar bin A-Khattab RA :
تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا
Maksudnya : Belajarlah kamu sebelum kamu menjadi pemimpin
                                                                                  (Riwayat Bukhari)
Ibarat seorang pemandu yang ingin pergi ke suatu tempat, dia haruslah

Monday, May 12, 2014

Cubaan Adalah Anugerah


Allah Subhanahu wa Taala pernah berfirman :

Dan, tidaklah mereka (orang-orang munafiq) itu memerhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka  tidak juga bertaubat dan tidak pula mengambil pelajaran. (At-taubah: 126).

Ini sifat orang munafiq apabila mereka ditimpa musibah.

Namun, bagaimana pula sikap dan sifat bagi orang yang beriman apabila mereka diuji?

Al-Mutanabbi pernah mengatakan: