Berkata Saidina Umar bin A-Khattab RA :
تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا
Maksudnya :
Belajarlah kamu sebelum kamu menjadi pemimpin
(Riwayat Bukhari)
Ibarat
seorang pemandu yang ingin pergi ke suatu tempat, dia haruslah
mengetahui arah
jalan ke tempat yang ingin dituju. Kalau dia tak tahu, macam mana dia nak pergi
ke tempat tersebut. Jadi si pemandu tersebut perlu ada ilmu tentang arah
perjalanan ke tempat tersebut sebelum dia pergi ke situ.
‘setiap orang
adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya’ berbalik
kepada kata-kata Saidina Umar tadi, belajarlah kamu sebelum kamu menjadi
pemimpin. Ini bermakna kita kena belajar bersungguh-sungguh dan menuntut ilmu
seikhlas dan sebanyak mungkin kerana kita semua adalah pemimpin.
Kita perlu
bersedia. Sentiasa bersedia hendaknya. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung
sebelum hujan’. Sebagai contoh andaikan kita seorang ahli jawatan kuasa
kerohanian di asrama. Walaupun hanya sebagai ajk, kita tak boleh bersikap
sambil lewa dan lepas tangan memandangkan kita sudah mempunyai ketua unit
kerohanian yang sangat aktif dan berdedikasi.
Di sinilah
sebenarnya pakej dan peluang untuk kita belajar dari ketua kita tu. Belajar
bagaimana memimpin, mengurus, mengorganisasi dan sebagainya. Nak tak nak kita
kena ambil peluang tu. Sementara kita masih ada ketua kita tu untuk belajar
sesuatu daripadanya.
Kerana apa?
Kerana kita tak tahu mungkin tahun depan kita pula yang mengambl alih atau
ditaklifkan dengan jawatan itu. Paling kurang kita dah bersedia. Paling kurang
kita dah ada ilmu tentang itu. Itu yang penting dan sekurang-kurangnya apabila
sudah ada ilmu kita tidaklah terkapai-kapai memimpin sendirian tanpa rujukan atau
role model yang boleh dijadikan ikutan.
Sekian sahaja
dari saya untuk hari ini, in shaa Allah moga-moga bermanfaat~ J
p/s: jangan
lupa istighfar.. :)

No comments:
Post a Comment