Sunday, June 12, 2016

Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua..

Hari ini nak cerita sikit berkenaan Ramadhan. Ada sahabat ni cerita kat aku, dia tak pernah lagi pergi tarawih sorang-sorang, biasanya dengan keluarga dia. Dia turut cerita mengenai kesedihannya berkenaan ini lah tahun pertama dia mengunjungi madrasah Ramadhan tanpa keluarga di sisi.

Semenjak berada di sekolah menengah, aku tidak dapat menikmati bulan Ramadhan sepenuhnya bersama keluarga kerana aku tinggal di asrama. Jadi tidak hairanlah bagi aku kalau tahun ini pun tidak dapat berpuasa sebulan bersama keluarga di rumah. 

Teringat lagi waktu tahun pertama aku di USIM, dan juga puasa yang pertama semenjak aku bergelar mahasiswa. Ramadhan jatuh pada waktu cuti semester. Di saat semua pelajar sibuk fikir nak balik kampung, aku pulak fikir dekat mana la aku boleh bekerja dan mencari duit lebih sepanjang Ramadhan ni. 

Kebetulan mendengar perbualan dua orang sahabat yang berfikir perkara yang sama lantas aku minta tolong mereka hubungi aku bila mereka dah dapat kerja. Awal Ramadhan, maka bekerjalah aku bersama 'keh' (bukan nama sebenar) dan cik kunang-kunang di sebuah taska di Bangi. Terima kasih banyak-banyak pada korang yang tak lupa aku nie, hihii.. 

Bila diimbau semula, banyak la jugak kenangan menjaga budak-budak yang macam-macam ragamnya di situ. Dan banyak juga video gelagat budak-budak yang aku ambil sebagai tanda kenang-kenangan bila aku dah tak jaga mereka nanti. Sampai jem hp aku penuh dengan video korang. huhuu..

Inilah pekerjaan pertama aku sejak bergelar mahasiswa. Babysitter. Oleh kerana waktu tu bulan Ramadhan, setiap hari (pagi) aku berazam untuk tidak marah-marah pada budak. Kalau bukan Ramadhan pun, aku akan berazam perkara sama kot. Tapi okay lah aku ni kalau mulutnya bising, tidak berbahaya pun. Kuat je lebih. Yang takutnye bila senyap, tangan boleh naik. Tapi setakat jaga budak-budak nie, takde lagi la yang lebam kena cubit ke apa. Marah jauh-jauh jer, bila dekat peluk. huhuu..

Teringat dekat Hud, dia memang baby wanted kat situ. Dan dialah jugak yang aku bagi lebih sikit duit raya sebab mungkin yang paling banyak 'kena sahut' agaknya. Ada satu masa tu, aku bawak si budak Hud ni ke dapur untuk basuh tangan dan mulut dia. Usai basuh tangan, ada kakak yang senior kat situ angkat si budak Hud ni, bawak masuk mesin basuh. Saje nak mengusik la tu. Hud dah gelabah dan menangis kat dalam tu takut kena basuh, huhu.. Aku kesian tengok tapi blurr tak tau nak buat ape. Ni dah masuk kes dera mental nih, bukan dera fizikal. hahaa.Then aku angkat la si budak Hud comel dari mesin basuh tu bawak keluar. Terus berhenti menangis. 

Kalau nak cerita semua kat sini, penat pulak korang nak baca panjang-panjang kan. Tak pelah aku stop dulu kot. Maaf la tiba-tiba mati akal nak sambung cerita. Ibrah pun tak sempat nak kongsi..

Ada masa jumpa lagi semua.. 

Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog saya.. Luv u gais..

Tuesday, May 10, 2016

Saat diuji dengan kehilangan

Salam guys..
Dah lama tak menulis. Tetiba rasa ada banyak pulak benda nak cerita..
Cerita pasal kawan-kawan.


Kita mungkin mempunyai ramai kawan, tapi yang betul2 kamching dengan kita ada la sorang dua atau tiga. Tapi aku, setakat nie takde lagi kawan yang betul2 kamching, yang boleh saling kongsi masalah dan yang always saling bagi semangat..

Sekali tu ada la sorang yang aku rasa capable bila duk dengan dia. Time ni aku rasa bahagia sangatt. Aku rasa kuat sikit dari sebelumnya.

Aku ni ego tinggi melangit. Air mata ni hanya boleh keluar atas asbab family. Tak pernah lagi menanges sebab kawan.
Walau bagaimanapun, dia la jugak yang berjaya pecah rekod buat aku menanges,.
'Hebatt kau ni'.
Satu hari, Allah saje nak uji. Allah tarik dia dari aku. Sedih tak terkata. Baru aku nampak rupanya, sepanjang bersama dia pergantungan aku pada Allah mungkin kurang. Astaghfirullah al adzhim..

Aku jadi lagi kuat bila aku sorang.  Sebab pergantungan aku hanya pada Allah. Tak dinafikan, kadang2 kita memang akan rasa sepi sendiri tapi ingatlah,
" bergantung haraplah pada Allah, kalau manusia yg jadi tempat pergantungan yang utama, kita takut nanti Allah berlepas tangan"

Nauzubillahi min zalik..

Cukuplah Allah bagiku ..
Engkau yg  memberi ujian, Engkau juga yang layak tarik balik ujian tu..

Bersabarlah saat diuji..
Tetiba teringat satu lirik lagu

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah hikmah dari Tuhan..