Friday, September 6, 2024

Pengalaman ke Padang Panjang Indonesia

Bismillah 
Disember 2019
Tidak mengetahui apakah alasan sebenar mengapa aku harus pergi, ku turutkan jua sebab rezeki tak baik ditolak, walau bagaimanapun rasa syukur akhirnya dapat menjejaki tanah Padang Panjang buat kali pertama dengan alasan mahu belajar HR.
Keberangkatanku bersama Pengarah, HoD HR, dan dua orang bakal santri yang harus hadir temuduga di DP.
Secara keseluruhannya aku rasa sangat bosan di sana sebab tidak dibawa ke mana². Terbit juga rasa geram di hati mahu saja aku tempah Maxim, grabcar, ojek atau apa lah namanya kenderaan yang bisa bawa aku jalan². Sedih pun ya sebab takde kawan. 
Apapun alhamdulillah dipertemukan dengan Bestie Nazirah dia bawa aku jalan pergi pasar kuliner, kemudian kami makan bakso bareng di kedai tepi jalan. Kami hanya berdua, takut juga jalan malam² tanpa ditemani wakil dari DP tapi kalau dengan Bestie jadi hilang takutnya. Hehe
Kenangan terindah pertama kali menjejaki DP ialah dapat jumpa Bestie, dia bawak kita keluar jalan² selain dari itu aku kagum dan seronok juga la dapat tengok pameran karya pelajar yang sangat wow!

Januari 2022
Aku bukan pimpinan tapi tak tahu kenapa kena sertai juga kursus leadership dekat sini. 
Masa tu aku rasa aku je babu dekat situ, orang lain sume HOD, semua hebat². Down sikit sebab rasa tak layak pun pergi sebab yurannya agak berpatutan dan mahal la kalau nk belanja aku sertai kursus ni sedangkan aku bukan pimpinan walau dalam hati kecilku sesungguhnya memang aku suka je join program² begini tapi itulah, tetap rasa tak layak.
Masa outbond aku terlalu excited ambil gambar orang hingga habis masa. Aku sedih tak sempat buat aktiviti memanah tu. 
Sepanjang kursus aku rasa sangat segan dengan diorang² ni, almaklumlah semua mak orang dah, aku ja anak dara sorang. Mereka pimpinan pula, sedangkan kita kuli aja. Namun Aku dapat bergaul dengan baik dengan mereka semua tapi kepuasan dan keseronokan tu tak sampai. 
Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan malaikat comel yang sentiasa meraikan aku, sentiasa menenangkan aku, dia layan aku baik sangat³ masani, seolah faham apa yang hati aku sedang rasakan sepanjang berada di sini.

November 2023
Yang pertama pastinya Allah yang mengizinkan aku pergi, yang kedua alasan dapat sertai adalah kerana aku yang belikan tiket para peserta fastaqim dan otai.
Kali ini masih juga pergi sama otai, belum dapat bareng² sama teman sejati. Bestie Ada ikut sekali tapi bersama team dia. Jadinya aku ketepi, mengundur diri. Ga bisa bareng Bestie bila Bestie bersama team dia. 
Jujur sedikit sedih tapi gapapalah. Dapat rezeki sampai sini pun dah syukur sangat tambahan lagi ada Baba Kholi dan ustaz Anwar. 
Walau ada Baba Kholi tapi kenderaan dan penginapan asing, jadi ga bisa dekat² sama Baba tapi syukur Allah bagi us Anwar.
Us Anwar dan Qayyum jadi penghibur sepanjang perjalanan ke kota Pariaman, Bukittinggi terus pulang lagi ke PP.
Alunan qasidah dan mawajin yang sangat mantap, buat aku Kabhi Kushi Kabhi Gham sepanjang perjalanan. Itulah perjalan terindah yang pernah aku rasa sepanjang hidup.
Setelah itu aku bertekad dan berniat tiap ada rezeki perjalanan bareng us Anwar, moga² ada rezeki ku ikut bersama Ya Allah ku sayang. Mau ikut jalan sama us Anwar lagi Ya Allah.. 

Ogos 2024
Pada awalnya tiada rasa yang kuat untuk ke Padang walau setelah diajak Ibu Laili untuk menziarahi athar Rasulullah namun setelah mengetahui semua teman² baik pergi, berkat kesungguhan kakRok ajak pergi, aku pun cepat² renew passport, syukur sempat beli tiket pada minit² terakhir. 
Kali ni betul² pergi bareng teman seumuran, dapat sebilik dengan Bestie, dengan Barakah mereka semua ini apa yang diminta semua dapat.
Satu ja yang rasa ralat bila aku tak ambil peluang tengok Video Realiti kisah Rasulullah SAW. Sungguh nak sangat tengok kisah Israk mikraj dan hijrah.😭 Sedih tak ikut Resti naik motor petang tu terus ke tempat VR. 
Kali ni dibawa jalan sampai ke Harau, 
kali pertama dijemput masuk ke rumah dan naik ke bilik rahsia ibu Zizi. MasyaaAllah semasa kakiku menapak ke atas tangga menuju ke bilik atas, hidungku tercium sesuatu.. hati mula rasa sebak.. rindu.. masyaAllah.. wanginyaa dari tangga, sepanjang lorong menuju ke bilik, sangat wangi.. persis bau peluh Rasulullah SAW, athar yang pernah ku cium di Darul Ulum tempoh hari. 
Kali pertama dibawa shopping DJaros
Dapat air celupan 4 botol, dan dapat bawa balik buah alpukat dari kebun Pak Wis. 
Tak tahulah peristiwa mana yang paling indah tapi menurutku, jika keluar bersama teman yang kita senang, yang kita sayang, tak tahu nak gambarkan bagaimana cuma
 Alhamdulillah kali ke empat inilah yang rasanya paling seronok dan bahagiaa sangattt .
Terima kasih wahai Allah ku sayang..
Kurniakan hamba kesempatan ini..
Dapat berbahagia bersama teman² yang aku senang dan sayang..
Wallahu a'lam