Sunday, August 16, 2020

Sendiri Di sini

Dalam hidup ni Aku selalu diuji dgn sahabat²..
Allah tarik satu² sahabat dari sisi..
Aku lemah tika sendiri
Tapi dgn cara tu lah Allah didik Aku
Cari kekuatan hanya dari Nya
Mohon kekuatan hanya dari Nya
Tidak terlalu bergantung pd org lain
Tapi salahkah ada sahabat sebagai penguat diri?
Setelah 2 pergi..
Allah datang kan 1 ke mari
kemudian dia pula pergi
Allah ganti 1 lagi
Akhirnya 1 pun pergi
Aku kini sendiri
Walau Masih ada 2 yg jauh dari sisi
Tapi sentiasa dekat di hati
Antara 2, Salah 1 bakal pergi lebih jauh lagi
Aku menangis sendiri..
Menangis sendiri setiap kali mereka pergi..
Harap yg lg 1 terus berdiri
Walau jauh tetap dekat di hati
Tak apa andai aku tidak kau peduli
Asalkan kau tetap di hati

Allahu.. rahmati semua sahabat² ku ini..
Moga bisa bersahabat lagi di Syurga nan abadi

Pulau Redang

Assalamualaikum gaiss..

Bersawang dah blog nie.. adudududuu.. 
Okay lah straight to the point nak cerita pasal Pulau Redang

Sabtu pagi Julai 2020
9.00am
Lepas sarapan terus gerak ke jeti merang dari hotel apak sedara Hilmi Kuala Terengganu ambil masa lebih kurang 30-45minit.

Dari jeti Merang ke Pulau Redang ambil masa dalam 1 jam juga la agak jauh. Boleh pilih jeti yg lebih dekat kalau tak suka naik bot lama sangat. Berkenalan dengan driver bot en. faizal nama dia, muka mcm abg Faiqh..

Sampai perkampungan Pulau Redang, tukar bot lain, driver pun org lain yg bawa kitorg beraktiviti sepanjang hari kat Pulau ni. 

Lebih kurang 10 minit dari perkampungan tadi sampai point pertama, oh ya untuk trip ni kitorang ambil 5 point ja. Tak tau la semua ada berapa point sebenarnya. 

Point pertama da kena snorkeling.. berdebar sungguh nak masuk air.. semua org wajib pakai jaket keselamatan dan yang nak snorkeling boleh guna google yg disediakan.

Agak lama masa diambil untuk point ni sebab banyak benda baru nak kena belajar, keyakinan diri yang tinggi pun kena ada masa nak masuk air tu.. air laut yg dalam kot, walau pakai vest jacket, tetap takut tenggelam. 

Bila da boleh tegakkan badan dalam air, baru cuba pakai snorkel pulak then belajar bernafas guna mulut . Banyak kali cuba, air masuk jugak.. 

Sesekali berjaya bernafas guna mulut dan sebelum air masuk snorkel sempat tengok keindahan batu karang & semua ciptaan Allah dalam laut tu.. 

Tapi
Sempat tengok sekejap ja.. tak sempat tadabbur & hayati keindahan batu karang, keindahan pemandangan dasar laut, org da panggil naik bot.. 

Yang saya ingat, view point pertama ni cantik sangat, tapi lupa nak capture pemandangan dasar laut dalam fikiran.. sayangnya.. 
Hp pulak tak bole bawa masuk air.. 

Lalu naiklah saya ke atas bot dengan perasaan belum puas.hihii

Point ke 2. 
Pantai Pulau Redang. 

Sampai dekat pantai ni lebih kurang pukul 12pm. Pemandu bot tinggalkan kitorang kat situ dan katanya akan datang semula jam 2pm. Maka semua barang yg dibawa kena bawa turun. Tak boleh tinggal atas bot. 

Bot tak boleh parking tepi pantai, jadi dia park di pinggiran pantai. Jadi ber huhu lah kami semua turun dari bot sambil jinjing beg atas kepala takut basah lalu kat air paras pinggang pergi ke pantai.

Sampai pantai kitorang jalan di pesisiran cari port yg teduh dan boleh duduk. Nampak gazebo berderet  kitorang menuju ke gazebo tersebut. 

Sampai sana ada note dekat gazebo tulis, yg mengatakan sewa gazebo sehari sekian² harganya.. kitorang melilau cari kawasan yang xde dilekat note tu. 

Di bahagian dalam sikit, ada banyak jenis tempat duduk bawah pokok. Kat situ xde note yg mengatakan kena sewa. Jadi kitorang pun carilah port masing² dan makan tengahari kat situ. Nak sewa gazebo tak berbaloi dengan harga sebab kitorg nak tumpang duduk sekejap  utk makan ja. 

Tengah sedap² makan ada seorang perempuan datang.. jeng, jeng, jengg... 

"Nie bilik no berapa ya??" 
"...."

kitorg berpandangan. Ingatkan duduk kat gazebo ja kena bayar rupanya semua kawasan area situ kena sewa kalau nak duduk/guna. Dia tanya bilik sebab ingat kami menginap kat chalet dekat situ.. 

Lalu bergegas lah kami semua habiskan makanan masing² dan beredar segera dari situ sebelum akak tu datang lagi sekali minta duit sewa. 

Baiknya akak tu tak halau pun masa kami tengah makan tue.. dia cakap baik² ja.. at least dia biar ja kami habiskn makann yg tersisa dan kami pun faham² seniri, makan cepat² .. terus pergi dari situ.

Lepas tu mandi pantai la.. 
Dekat pantai ni ada banyak juga ikan cantik² warna warni.. eloknya bawa google sendiri. Jangan beli kat pulau, mahal. Asma tak puas hati menyelam buka mata pedih kalau lama², dia pun gigih laa cari pi beli google kat pulau tue.. 

Lepas da balik dari Pulau Redang tengok balik gambar² baru perasan pantai nie takde ombak macam typical pantai di semenanjung. 

Puas hati betul maen air, menyelam, berenang, menyelam lagi, buka mata, nampak ikan² cantik, kejar ikan, ambil nafas, jalan² ke tempat dalam lagi, cari ikan cantik banyak², menyelam, timbul, berenang, amik gambar, amik video, tak jadi, amik video lagi, menyelam, timbul.. macam tu la sampai habis masa. 

Tapi memang rasa puas hati betul maen pantai kali ini sebab boleh dan berani pergi sampai air paras leher.. ombak tak kuat (macam xde?) macam pantai biasa, kalau pantai biasa berani pi sampai paras dada atau pinggang ja.. Tak berani nak jauh²..

Lagi satu berani masuk air sampai paras leher walau tak pandai berenang sebab tak jauh dari situ ada tong² biru terapung yang disusun macam pagar bentuk C, dan ada banyak bot² di luar garisan tong² biru tue, macam terkawal la.. dan kalau ada yg lemas pun Insha-Allah tak hanyut ke tengah laut sebab dah pagar dengan tong² biru tue.

Tak dapat digambarkan dengan perasaan bagaimana puasnya dapat mandi kat pantai ni. Lepas berenang, menyelam, berenang balik, menyelam pulak, berenang lagi, lagi dan lagii.. 

Sampai satu masa aku tak tahan nak terkucil, tak sanggup / Tak sampai hati rasanya nak mengucilkan diri kat pantai tu, lalu bergegaslah aku ajak Asma pi carik tandass.. 

Alhamdulillah.. lega setelah hajat tertunai.. macam tak percaya tandas dia free ja.. usaha bawa duit kecik.. 

keluar toilet otw nak ke tempat mandi manda kami nmpak driver bot da tecegat menunggu kami.. maka berlari-larilah kami menuju ke tepian pantai tempat kami letak barang² & lari² lagi pegi ke bot. It's time to next point!

Third Point
Dapat tengok penyu weh! 
Kat kawasan penyu ni warna airnya hijau terang, hijau petronas, Tak macam kat pantai tadi warna air biru muda, biru cerah. 

Taajub juga tengok keindahan dan kelainan warna air di setiap point berbeza warnanya. Semua Subhanallah.. cantik sangat. 

Driver park bot kat sebelah bot yg bawak pelancong asing, 3 orang, laki & perempuan dewasa dan sorang hamoir remaja. driver bot sebelah tu ada bawa sotong utk bagi penyu makan, jadi penyu datang dekat dan pelancong tu boleh pegang² bergambar dengan penyu dekat². 

Kitorg mampu tengok ja sebab xde bekalan sotong utk bagi penyu makan. Kat sini turun jugak air, masih lagi bertatih belajar imbang diri pakai jaket dalam air. Sebab bila menelentang, rasa macam nak lemas sebab tak pandai macamana nak tegakkan badan. Bila badan tegak rasa snorkeling sambil menelentang lagi best tapi takut tak boleh tegak balik.

Kat sini belajar imbang badan dlm air ja dan belajar juga selam sambil nafas guna mulut (pakai snorkel) . Penyu tak nak datang dekat sebb kitorg xde umpan sotong. Bila dah boring, majuk x leh bgmbr dgn penyu dekat², semua naik bot cepat². Skejap ja kt point ni. 

Fourth Point
Point sini ramai orang. Ada gua kat tebing tinggi. Pemandangan atas dan dalam air pun sangat cantik. Air kawasan ni warna biru gelap.
Mula² bergambar ja atas bot, sebab kalau dapat berenang ke gua baru puas hati turun ke air. Sambil² selfie & borak² aku pun tanya kirin, 
" Kat sini corals dia cantik tak? Banyak ikan warna warni takk?"
" Semua point dia ada kecantikan yg tersendiri kak ***" 
Aku pun termenung sejenak, 
'Ni ja pun peluang nak Snorkeling main air puas², lepas ni tàtau dapat lagi ke tak..'

"Ma, jom masuk air!" sma pun setuju maka masuklah kami ke dalam air.. rupanya nilah point terakhir dapat snorkeling..nasib baik aku masuk juga air, kalau tak sesal tak sudah.

Bila selam ja kepala dalam air.. Subhanallah.. cantiknyaa pemandangan dalam air, batu karang besar². Warna gelap. Macam dah sangat tua dan lama. Tapi tetap cantik. Tenang sangat. Bahagia sangat. Sunyi.. Tenang.. 

Tenang dan bahagia  ja tengok ikan berenang².. tenang sangat perasann tu. Bila keluar kepala dari air, terasa kebingitan suara manusia, hiruk pikuk dunia atas air. Selam balik, Allahu.. tenangnya.. rasa nak jadi ikan, nak duk dalam air ni ja, main² berenang² dekat batu karang. Tenang sangat.. damai sangat suasana dalam air.. keindahan yang tak dapat digambarkan dengan perkataan..tetiba rasa nak jadi aquaman

Aku harap pemandangan yang aku lihat itu kekal selamanya di ingatanku.. 
Sebab tiada yang ambil video dalam air untuk tatapan buat kenangan.. 

Last point
Ada sebuah Pulau pantai kecil memanjang dalam 500meter, lebar 20 meter lebih kurang, tempat last kitorang ambil gambar puas².. lighting sangat terang, background pun cantik sangat.. 
Walaupun sejenis pantai tapi memang semua orang ambil gambar ja kat situ, xde pula yg main air ka, 
Yang aku nie macam x puas lagi maen air, nak je berenang² kat tepi² bot tue. Tapi masa tak mengizinkan.. siap bergambar, semua naik bot dan terus ke hentian perkampungan Pulau Redang. 

Tukar bot lain, untuk balik ke jeti Merang, Naik dengan en Faizal yg mula² tadi.. kat sini tak tau la kalut ke apa, tapi semua tak pakai vest, perjalanan sejam kot nak sampai Jeti. Driver tak suh pkai jadi xde yg pakai.. aku nervous jugak tak pakai life vest nak lalu lautan dalam sementara nak sampai ke jeti, tawakal je la.. 

Alhamdulillah sampai ke jeti dalam jam 5petang. Mandi & tukar pakaian kat toilet yg ada situ. Ada surau juga kat situ. Alhamdulillah kitorg yang first sampai jadi tak berebut bilik air. Tapi masa mandi bilas² baju basah ada dah mula ramai orang tggu kat luar. Kita pun nervous la cepat² siap tak nak orang kat luar tggu lama.. 

Haa tu je kot yang nak diceritakan, 
Secara ringkasnya, nah aku bagi tips untuk korang yang nak pi Pulau Redang

Tips percutian ke Pulau Redang
1. One Day Trip only. Sehari ja dah puas hati maen air semua, tak perlu sewa hotel/chalet dlm Pulau. Amik penginapan yg dekat² dengan jeti. Pakej bawah rm100

2. Bawa selipar. Dah tau nak pi Pulau maen air, bawa la selipar kalau tak nak kasut/sandle basah.

3. Kalau ada bajet lebih, beli siap² snorkeling google / snorkel (tatau ape nama sebenar dia) sendiri, lebih selesa dan bersih.

4. Kalau ada bajet beli jugak google siap².. Google kt pulau agak mahal harganya.( Tetiba teringat Google Chrome!) 

5. Sarapan siap² dekat hotel / sebelum ke jeti

6. Bawa bekal makanan tengahari.. air mineral jgn lupa

7. Bawa roti gardenia utk kudap² / bg ikan makan

8. Kalau ada beg kalis air digalakkan guna beg tu utk simpan baju bersih. Aku bungkus beg baju bersih dalam plastik mydin yg besar tu.. sebelum plastic tu guna utk sumbat baju basah. Lantai bot confirm basah sebab lepas snorkeling basah² tu kau terus Naik bot kan, so hampir semua bahagian lantai basah.. 

9. Jangan beli air coconut shake kat Pulau, tak kena selera aku (bukan selera kau) dan ofkos tak padan rasa dgn harga.  Kalau teringin, sabar jap, beli kat luar Pulau. 

10. Utk perempuan, sediakan pin yg sesuai secukupnya supaya tudung dan baju anda terkawal semasa aktiviti pantai. Jangan guna keronsang ya.. mudah tercabut. Aku punya keronsang da hilang masa kat pantai. 

Okay tu ja kot .. nanti kalau teringat dan rajin aku edit lagi apa yang patut ya.. 

Terima kasih sudi baca sampai habis,

16/08/2020
0055am
3770 TNA