Tuesday, December 16, 2014

kuliah fiqh wanita

    Ni nak revise balik ape yang aku ingat je laye,

  1. Kisah tentang seorang wanita yang pergi masjid tapi prgi keseorangan hingga akhirnya dia dirogol.
  2. Wanita itu berjumpa Rasulullah untuk mendakwa lelaki yang telah merogolnya.
    Dalm bab zina, wajib mengemukakan empat saksi untuk mendakwa dua orang yang telah berzina.
    Namun dalam bab ni (kena rogol) tak perlukan empat saksi.
    Cukup si mangsa sahaja membuat dakwaan dan pengakuan.
    Di hari pengadilan untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tersebut,  datang seorang lelaki lain yang mengaku bahawa dialah sebenarnya yang telah merogol wanita terbabit. Lalu lelaki itu pun dijatuhi hukuman.

    Moral of the story:
     1. wanita tak digalakkan berjalan bersendirian atau sorang-sorang bila nak bermusafir. Sebab tu bila nak bermusafir kena ada mahram.
     2. orang pempuan kalau nak pegi mane2 bawa la sorang dua teman. Mereka akan jadi penjaga kita dan akan jaga kita dari melakukan suatu perkara yang salah / terlarang.
  3. Perogol wajib bayar mahar pada wanita yang dia rogol

Sunday, June 22, 2014

Ramadhan by Ammar

Ramadhan
lirik oleh Ammar

Di malam yang indah dan hening
ku tak sabar menanti
malam yang sungguh istimewa
bulan yang diberkati
di dalamnya rahmat juga keampunan
besar ganjaran yang diberikan

beramallah beribadatlah
gandakanlah semua itu
tingkatkanlah keimananmu
capai redhanya

ramadhanramadhan
bulan yang istimewa
ramadhan ramadhan
gembira nya ku rasa

ayuhlah rebut kelebihannya
ayuh semua

Allah menjanjikan dua kenikmatan
bagi hamba yang ikhlas berpuasa kerananya
nikmat di saat bila kita berbuka
dan di saat kita berjumpa dengannya

ramadharamadhan
bulan yang istimewa
ramadhan ramadhan
gembira nya ku rasa

ayuhlah rebut kelebihannya
ayuh semua

setahun sekali sahaja


Thursday, May 29, 2014

kak Auni, SYAFA KILLAH!! :-)



Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai.

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Tabahnye kak Auni..

Kuatnye kak Auni..
Sabarnye kak Auni..

Sampai saya yang tak diuji dengan ujian yang seberat itu, dah tak tahu nak bagi kata-kata semangat dan kata-kata penguat apa lagi untuk kak Auni..


kak Auni saangatt STRONG!!
sebab itu Allah uji, sebab Allah tau, kak Auni boleh hadapi dan Mampu!

tak tau nak bagi kata-kata apa yang boleh buat kak Auni sentiasa KUAT dan TABAH..

hanya mampu berdoa, Syafa killah, kak Auni.. moga cepat sembuh ye akaq sayang.. ;)

ingat, bila kak Auni rasa sakit dan lemah, ingatlah bahawa Allah sentiasa di sisi kak Auni. Mohonlah pada Allah, Dia yang memberi kesakitan, Dia juga yang berhak menarik balik kesakitan itu..

kak Auni pun tahu kan, Allah takkan senang-senang nak bagi akak sakit melainkan Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik.. Ya Allah, banyaknye pahala kak Auni dapat selama menanggung ujian ini..

Ya Allah, cepat-cepat sembuhkan kak Auni ye.. moga tercapai hasrat kak Auni dan hasrat kitorang semua nak tengok kak Auni dapat belajar semula sama-sama sem depan, in shaa Allah..

kak Auni kuat ye! :)

#pray4Aunie&Bani



gambar perkahwinan kak Auni dan Bani


lawatan pensyarah USIM

selepas pembedahan tulang belakang

Wednesday, May 28, 2014

Belajar Sebelum Memimpin

Berkata Saidina Umar bin A-Khattab RA :
تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا
Maksudnya : Belajarlah kamu sebelum kamu menjadi pemimpin
                                                                                  (Riwayat Bukhari)
Ibarat seorang pemandu yang ingin pergi ke suatu tempat, dia haruslah

Monday, May 12, 2014

Cubaan Adalah Anugerah


Allah Subhanahu wa Taala pernah berfirman :

Dan, tidaklah mereka (orang-orang munafiq) itu memerhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka  tidak juga bertaubat dan tidak pula mengambil pelajaran. (At-taubah: 126).

Ini sifat orang munafiq apabila mereka ditimpa musibah.

Namun, bagaimana pula sikap dan sifat bagi orang yang beriman apabila mereka diuji?

Al-Mutanabbi pernah mengatakan: