Bismillahirrahmanirrahim..
Satu hari, dalam perjalanan nak ke SRIIDU, ustaz tanya Eyzah,
ustaz: Dekat UMK ambil kos apa?
Eyzah: Perniagaan
Ustaz: Oh, minat berniaga lah ni ye?
Eyzah: Erm, tak pun.. Eyzah tak minat business pun sebenarnye. Dah dapat yang tu, belajar je la.
Lepas tu Eyzah tahan je telinga kena bebel dengan ustaz sebab belajar apa yang tak diminati. Di penghujung bebelan ustaz, tetibe ustaz terfikir tentang barang apa yang orang perempuan akan beli / demand, ustaz nak cuba jual.
Ustaz: Barang apa ye kalau saya jual, orang perempuan akan beli?
Tudung, ustaz! Tudung! Aku jawab dalam hati.
Eyzah: Ermm.. beg tangan kot.
Ustaz: Kalau saya jual beg tangan satu harga dia tiga ratus, kamu akan beli tak?
Eyzah: Beli kot, kalau ada duit.
Aku tak jawab soklan tu. Sebab sekarang aku tengah pokai. Andai satu hari nanti aku ada duit banyak pun, aku masih tak pasti aku akan beli atau tidak beg berharga RM300 tu. Tunggu aku kaya dulu kot, baru boleh nilai untuk jawab soalan ustaz tu.
Sebab kalau tanya aku sekarang, memang aku takkan beli sebab mahalnye la. Sekarang ni kalau terdesak sangat nak beli beg baru pun, kalau ada jumpa yang berharga RM30 pun, belum tentu aku beli.Beg tangan dan kasut atau sandal, kalau melebihi Rm20 bagi aku mahal.
Tak suka la beli barang mahal-mahal, banyak lagi benda lain yang boleh dibeli guna duit tu.
Sama la dengan hand phone, aku tak suka beli yang mahal-mahal sangat. Target aku asal ada wasap dengan memory card 8 / 16gb pun dah ok. Daripada aku berhabis duit RM500-RM800 semata-mata nak beli gajet hartaduniayangbolehmelalaikan tu, baik la aku guna duit tu buat korban ke, ada jugak saham akhirat aku. Iye dak? hihii..
Fikir-fikirkan dan selamat beramal, :)
Tuesday, August 25, 2015
Friday, August 21, 2015
KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.
p/s: ambil dari stick note desktop untuk mengurangkan ke'semak'an
Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi..dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".
Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia berkata:
"Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".
Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.
Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah". Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.
Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar. Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu......... Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" .
Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa di sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: "Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".
Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada kamu".
Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata: "Ya Rasulullah, ampunkanlah aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.
SEBARKAN WALAU PUN SATU AYAT.
:'( :'( menangis sambil baca..
kisah yg sedih tapi jika di baca berulang kali pun akan tetap mengalir air mata. MasyaAllah...bertapa hebatnya kisah Nabi Muhammad S.A.W.

Secebis Nasihat
p/s: copy paste dari w/apps
Taujihat Dato' TITM
3 perkara apabila kamu ada, kamu akan merasai kemanisan iman:
1- Sayang kepada Allah dan Rasul mengatasi segalanya.
2- Sayang kepada sahabat kamu kerana Allah.
3- Takut kamu kembali kepada kekufuran setelah Allah beri hidayah sebagaimna kita takut Allah humbankan ke dalam Neraka.
Kita rasa dekat dengan Tuhan, kita diajar zikrullah.
Zikir: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah Allahu Akbar
Mula2 rasa payah sehingga rasa lazat. Duduk dalam perjuangn Islam, biar ada dosa pahala, cari redha Allah. Jangan cari redha makhluk.
Parti Baru
Nak ke mana? Untuk apa? Kita tak boleh puas hati dengan tubuh parti baru.
Benda yang kita tidak setuju tu benda prinsip@furu'?
Jika strategi/pendekatan, kita tak boleh tinggal jemaah. Strategi boleh berubah2 (mutaghayyat).
Zaman Saidina Abu Bakar solat Qiam Ramadhan buat msing2. Dekat penjuru sana masjid orang solat, penjuru sini orang solat.
Zaman Saidina Umar, tengok keadaan begitu, Saidina Umar cadang supaya dibuat solat berjemaah. Ucapan Saidina Umar, "Inilah sebaik2 bidaah."
Satu hari, selepas solat Subuh, Nabi tanya siapa pagi ini telah bersedekah. Saidina Umar jawab, kami baru lepas solat, mana sempat bersedekah. Lalu Saidina Abu Bakar jawab, "Saya ya Rasulallah."
Kemudian Nabi tanya siapa dah ziarah orang sakit? Kemudian Saidina Umar jawab, kami baru lepas solat, mana nak ziarah orang sakit. Lalu Saidina Abu Bakar jawab, "Saya ya Rasulallah."
Kemudian Nabi tanya siapa dah bagi makan kepada fakir miskin? Lalu Saidina Umar jawab, kami baru sudah solat, mana nak bagi makan fakir miskin. Lalu Saidina Abu Bakar jawab, "Saya ya Rasulallah."
Kemudian Nabi suruh Saidina Abu Bakar cerita bagaimana dia boleh melakukan tiga perkara tadi. Ceritanya, ketika hendak pergi solat Subuh tadi, aku terjumpa orang yang meminta sedekah lalu aku memberikan sedekah kepadanya. Kemudian aku berjumpa fakir miskin yang meminta makanan lalu aku memberikannya makanan. Kemudian aku berjumpa orang yang sakit, lalu aku menzirahinya.
Itulah kehebatan Saidina Abu Bakar yang mana kelapan2 pintu syurga berebut nak ambil Saidina Abu Bakar masuk.
Dalam jemaah, kita akan terkesan bila Sahabat kita mula berjauhan memencilkan diri dengan jemaah.
Jauh dengan ulamak, jauh dengan jemaah, akan datang perkara lain.
Tak semua orang boleh menerima kekalahan. Kadang2 kita rasa kecil tetapi bagi orang tuh perkara besar (hilang jawatan).
Doakan agar kita istiqamah. Doa kepada Allah agar jemaah kita dijaga.
Jawatan kerana Islam akan menolong kita. Jawatan bukan kerana Allah akan menyusahkn kita.
Hadis: Ittaqillah haithuma kunta. (Takutlah kamu di mana sahaja kamu berada).
Bila kita tegas dengan prinsip, kita tak akan susahkan rakan kita.
RUU (Hudud)
Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah sebut, "Kita nak berjalan bawa kereta sampai trafic light, lampu merah. Kita tak mati enjin lagi. Bila hijau kita jalanlah."
Dulu kita bincang di peringkat DUN Kelantan. Sekarang dah boleh bawa ke Parlimen. Bila dah bawa, undi kalah, sekurang2nya kita tak berdosa kepada Allah.
KAGUM DENGAN ORANG LAIN
Masalah kita orang Melayu, kita kagum dengan orang lain. Depan mata kita buat tak nampak.
Turki bagus. Tetapi kita jauh ke depan. Kita boleh gubal hudud, mereka bukan nak kata hudud, isu tudung pun jadi masalah di negara mereka. Kita tak ada masalah dengan isu pakai tudung. Buat apa kita nak undur ke belakang (tak mahu laksanakan syariat).
Macam orang Arab, Allah sebut dalam Al-Quran: Wa'lamu annahu Rasulullah. (Dan ketahuilah bahawa di hadapan kamu ini adalah Rasulullah)
Orang kagum pokok cantik tapi tak puji akar yang kukuh. Orang puji bangunan cantik tapi orang tak puji foundation bangunan yang kukuh.
Orang puji Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Orang tak nampak zaman UFN, DAP putus hubungan dengan PAS isu tak setuju dengan Negara Islam.
Orang tak nampak, di belakang UFN, TGHH yang menjadi mastermind.
USUL DEWAN ULAMAK
Usul datang kemudian. Usul timbul kerana tindakan2 sebelum ini, DAP putus hubungan di Borneo & serangan kepada Presiden.
Usul tak akan timbul melainkan ada sebab yang berlaku.
Kita tak bahas usul sebab kuasa tertinggi ialah MSU. Muktamar bukan kuasa tertinggi.
Dasar tertinggi kita ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Nak terjemah semua itu badannya MSU.
MSU akan bawa fakta2 ilmiah sebelum membuat sesuatu keputusan.
MSU terdiri daripada 4 orang AJK Pusat, 4 orang Dewan Ulamak, 2 Pemuda, 2 Muslimat. Mesyuarat akan bincang untuk tambah 4 orang lagi daripada cendiakawan Islam yang fikrah kita.
Kebetulan bulan 5 tamat tempoh MSU, jadi belum dibentuk dan usul itu belum dibincangkan lagi.
MSU sekadar buat keputusan. AJK Pusat sebagai pelaksana. Pernah dahulu, MSU putus muslimat boleh bertanding menjadi calon. Tetapi AJK Pusat tangguhkan dahulu pelaksanaannya kerana suasana masa itu tak sesuai untuk muslimat bertanding.
Masa itu Pemuda Umno Tahan Lasak ada. Mereka culik, pecahkan kereta, ganguan kepada calon dan sebagainya boleh membahayakan calon perempuan.
TAHALUF
Jika garis panduan tahaluf dah dilanggar, sayang mcm mana pun kena putus.
Anak Saidina Abu Bakar berkahwin dengan isteri yang sangat cantik. Bila datang seruan jihad, dia tinggal jihad sebab terlalu sayangkan isteri.
Lalu habis perang, Saidina Abu Bakar perintah supaya ceraikan isteri dia. Lalu cerailah walau terlalu sayang sebab Khalifah.
Antara syarat tahaluf: Menguntungkan, ruang berdakwah, tak melanggr prinsip.
Dalam mesyuarat PR, Lim Kit Siang pernah minta PAS isytihar buat kenyataan, PAS tak akan laksanakan Hudud di Sarawak. Adenan Satim (KM Sarawak) umum tak akan laksanakan Hudud.
Saya jawab balik, benda wajib jangan kata tak wajib.
Mengisytiharkan benda wajib itu tak wajib, mana boleh.
Tak nak solat tak apa, tapi jangan isytihar solat tak wajib. Jadi penyelesaiannya ialah senyap jalan terbaik.
Wallahu'alam.
Catatan oleh:
Ibnu Selanjuuri,
Pemuda Subang,
Surau Al-Ukhwah.
27.6.15

Tau tak Ghirah tu apa? cemburu ke?
p/s: artikel ni aku amek dari wasap. Sebab sayang dan takut tak jumpa dah orang cerita pasal ni eloklah kiranya aku paste dekat sini. Jom sama-sama kenal apa itu Ghirah!
Dari Islamedia -
Mungkin banyak yang sudah melupakan buku Ghirah dan Tantangan Terhadap Islam karya Buya Hamka. Buku itu memang nipis saja, nampak tidak sebanding dengan koleksi masif seperti Tafsir Al Azhar, namun tipisnya buku tidak identik dengan kurangnya isi, apalagi pendeknya visi. Sesuai judulnya, buku tersebut membahas masalah-masalah seputar ghirah dengan bercermin pada kasus-kasus yang terjadi di Indonesia. Meskipun buku ini diterbitkan pada awal tahun 1980-an, pada kenyataannya masih banyak pelajaran yang dapat kita ambil untuk dipraktekkan dalam kehidupan di masa kini.
Buya Hamka memulai uraiannya dengan sebuah kasus yang dijumpainya di Medan pada tahun 1938. Seorang pemuda ditangkap karena membunuh seorang pemuda lain yang telah berbuat tidak senonoh dengan saudara perempuannya. Sang pemuda pembunuh itu pun dihukum 15 tahun penjara. Akan tetapi, tidak sebagaimana narapidana pada umumnya, sang pemuda menerima hukuman dengan kepala tegak, bahkan penuh kebanggaan. Menurutnya, 15 tahun di penjara karena membela kehormatan keluarga jauh lebih mulia daripada hidup bebas 15 tahun dalam keadaan membiarakan saudara perempuannya berbuat hina dengan orang.
Dalam sejarah peradaban Indonesia, suku-suku lain pun memiliki semangat yang tidak kalah tingginya dalam menebus kehormatan. Menurut Hamka, bangsa-bangsa Barat sudah lama mengetahui sifat ini. Mereka telah berkali-kali dikejutkan dengan ringannya tangan orang Bugis untuk membunuh orang kalau kehormatannya disinggung. Demikian pula orang Madura, jika dipenjara karena membela kehormatan diri, setelah bebas dari penjara ia akan disambut oleh keluarganya, dibelikan pakaian baru dan sebagainya. Orang Melayu pun dikenal gagah perkasa kalau sampai harga dirinya disinggung. Bila malu telah ditebus, biasanya mereka akan menyerahkan diri pada polisi dan menerima hukuman yang dijatuhkan dengan baik.
Di masa lalu, anak-anak perempuan di ranah Minang betul-betul dijaga. Para pemuda biasa tidur di surau untuk menjaga kampung, salah satunya untuk menjaga agar anak-anak gadis tidak terjerumus dalam perbuatan atau pergaulan yang menodai kehormatan kampung. Pergaulan antara lelaki dan perempuan dibolehkan, namun ada batas-batas tegas yang jangan sampai dilanggar. Kalau ada minat, boleh disampaikan langsung kepada orang tua.
Di jaman Rasulullah saw. dulu pernah ada juga kejadian dahsyat yang berawal dari suatu peristiwa (yang mungkin dianggap) kecil saja. Seorang perempuan datang membawa perhiasannya ke seorang tukang sepuh Yahudi dari kalangan Bani Qainuqa?. Selagi tukang sepuh itu bekerja, ia duduk menunggu. Datanglah sekelompok orang Yahudi meminta perempuan itu membuka penutup mukanya, namun ia menolak. Tanpa sepengetahuannya, si tukang sepuh diam-diam menyangkutkan pakaiannya, sehingga auratnya terbuka ketika ia berdiri. Jeritan sang Muslimah, yang dilatari oleh suara tawa orang-orang Yahudi tadi, terdengar oleh seorang pemuda Muslim. Sang pemuda dengan sigap membunuh si tukang sepuh, kemudian ia pun dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Perbuatan yang mungkin pada awalnya dianggap sebagai candaan saja, dianggap sebagai sebuah insiden serius oleh kaum Muslimin. Rasulullah saw. pun langsung memerintahkan pengepungan kepada Bani Qainuqa? sampai mereka menyerah dan semuanya diusir dari kota Madinah.
Itulah ghirah, yang diterjemahkan oleh Buya Hamka sebagai 'kecemburuan'.
Penjajahan kolonial di Indonesia membawa masuk pengaruh Barat dalam pergaulan muda-mudi bangsa Indonesia. Pergaulan lelaki dan perempuan menjadi semakin bebas, sejalan dengan masifnya serbuan film-film Barat. Batas aurat semakin berkurang, sedangkan kaum perempuan bebas bekerja di kantor-kantor. Demi karir, mereka rela diwajibkan berpakaian minim, sedangkan keluarganya pun merasa terhormat jika mereka punya karir, tidak peduli bagaimana caranya. Tidak ada lagi kecemburuan.
Tidak ada yang boleh marah melihat anak perempuannya digandeng pemuda yang entah dari mana datangnya. Suami harus lapang dada kalau istrinya pergi bekerja dengan standar berpakaian yang jauh dari syariat, karena itulah yang disebut ?tuntutan pekerjaan?.
Sesungguhnya ghirah itu merupakan bagian dari ajaran agama. Pemuda Muslim yang membela saudarinya dari gangguan orang-orang Yahudi Bani Qainuqa? menjawab jerit tangisnya karena adanya ikatan aqidah yang begitu kuat. Menghina seorang Muslimah sama dengan merendahkan umat Islam secara keseluruhan.
Ghirah adalah konsekuensi iman itu sendiri. Orang yang beriman akan tersinggung jika agamanya dihina, bahkan agamanya itu akan didahulukan daripada keselamatan dirinya sendiri. Bangsa-bangsa penjajah pun telah mengerti tabiat umat Islam yang semacam ini. Perlahan-lahan, dikulitinyalah ghirah umat. Jika rasa cemburunya sudah lenyap, sirnalah perlawanannya.
Buya Hamka mengkritik keras umat Muslim yang memuji-muji Mahatma Gandhi tanpa pengetahuan yang memadai. Gandhi memang dikenal luas sebagai tokoh perdamaian yang menganjurkan sikap saling menghormati di antara umat beragama, bahkan ia pernah mengatakan bahwa semua agama dihormati sebagaimana agamanya sendiri. Pada kenyataannya, Gandhi berkali-kali membujuk orang-orang dekatnya yang telah beralih kepada agama Islam agar kembali memeluk agama Hindu. Kalau tidak dituruti keinginannya, Gandhi rela mogok makan. Itulah sikap sejatinya, yang begitu cemburu pada Islam, sehingga tidak menginginkan Islam bangkit, apalagi memperoleh kemerdekaan dengan berdirinya negara Pakistan.
Dua dasawarsa lebih berlalu dari wafatnya Hamka, nyatalah bahwa hilangnya ghirah adalah salah satu masalah terbesar yang menggerogoti umat Islam di Indonesia. Sekarang, orang tua pun rela menyokong habis-habisan anak perempuannya untuk menjadi mangsa dunia hiburan. Para ibu mendampingi putri-putrinya mendaftarkan diri di kontes-kontes model dan kecantikan, yang sebenarnya hanya nama samaran dari kontes mengobral aurat.
Kalau kepada putri sendiri sudah lenyap kepeduliannya, kepada agamanya pun begitu. Makanan fast food dikejar karena prestise, tak peduli keuntungannya melayang ke Israel untuk dibelikan sebutir peluru yang akhirnya bersarang di kepala seorang bayi di Palestina. Kalau ada yang menyeru orang untuk membela Palestina, maka tidak nasionalislah dia, karena di tanah air masih banyak yang mati lapar, sedangkan ia hendak menolong orang di seberang lautan. Padahal yang menyumbang untuk Palestina adalah juga mereka yang berkubang menolong orang-orang miskin di tanah air, sedangkan yang menyindir itu sejatinya tidak pernah membantu umat, baik di tanah air maupun di tanah seberang. Kalau dulu seluruh kekuatan militer umat Islam dikerahkan untuk mengepung Bani Qainuqa? hanya karena satu Muslimah dihina oleh tukang sepuh, maka kini jutaan perempuan Muslimah diperkosa, jutaan kepala bayi diremukkan dan jutaan pemuda dibunuh, namun tak ada satu angkatan bersenjata pun yang datang menolong.
Luar biasa generasi anak-cucu Buya Hamka, karena mereka telah benar-benar mati rasa dengan agamanya sendiri. Ketika anak-anak muda dibombardir dengan pornografi, maka umatlah yang dipaksa diam dengan alasan kebebasan berekspresi. Tari-tarian erotis digelar sampai ke kampung-kampung yang penduduknya tak punya cukup nasi di dapurnya, hingga yang terpikir oleh mereka hanya jalan-jalan yang serba pintas. Ramai orang mengaku nabi, sementara para pemuka masyarakat justru menyuruh umat Islam untuk berlapang dada saja. Padahal yang mengaku-ngaku nabi ini ajarannya tidak jauh berbeda: syariat direndahkan, kewajiban-kewajiban dihapuskan, para pengikut disuruh mengumpulkan uang tanpa peduli caranya, orang lain dikafirkan, bahkan para pengikutnya yang perempuan disuruh memberikan kehormatannya pada sang nabi palsu. Atas nama Hak Asasi Manusia, umat disuruh rela berbagi nama Islam dengan para pemuja syahwat.
Atas nama toleransi, dulu umat Islam digugat karena penjelasan untuk Surah Al-Ikhlash dalam buku pelajaran agama Islam dianggap melecehkan doktrin trinitas. Kini, atas nama pluralisme, umat Islam dipaksa untuk mengakui bahwa semua agama itu sama-sama baik, sama-sama benar, dan semua bisa masuk surga melalui agamanya masing-masing. Maka pantaslah bagi kita untuk merenungkan kembali pesan Buya Hamka dalam Tafsir Al Azhar ketika menjelaskan makna dari ayat ke-9 dalam Surah Al-Mumtahanah:
...orang yang mengaku dirinya seorang Islam tetapi dia berkata; ?Bagi saya segala agama itu adalah sama saja, karena sama-sama baik tujuannya.? Orang yang berkata begini nyatalah bahwa tidak ada agama yang mengisi hatinya. Kalau dia mengatakan dirinya Islam, maka perkataannya itu tidak sesuai dengan kenyataannya. Karena bagi orang Islam sejati, agama yang sebenarnya itu hanya Islam.
Kecemburuan adalah konsekuensi logis dari cinta. Tak ada cemburu, mustahil ada cinta.
Dan apabila Ghirah telah tak ada lagi, ucapkanlah takbir empat kali ke dalam tubuh ummat Islam itu. Kocongkan kain kafannya lalu masukkan ke dalam keranda dan hantarkan ke kuburan. (Buya Hamka)
7 Februari 2010
Akmal Sjafril/Pendiri Indonesia Tanpa Jil (ITJ)

Subscribe to:
Posts (Atom)