Thursday, June 4, 2015

Medan : Sumatera Indonesia : 1

Pertama kali aku mengunjungi Sumatera Utara Indonesia. Banyak pengalaman dan pengajaranyang aku dapat dari perjalanan merentas selat Melaka pada kali ini.

11pm, Ahad :
 berkumpul di Akasia menuggu bas untuk ke KLIA. Tersentuh hati dengan kehadiran dua orang sahabat sekelas dan serumah yang sudi menghantar saya dan melambai kami ketika kami ingin bertolak pergi.  Terima kasih Khai dan Nad.

Kunjungan ke Indonesia ini merupakan satu sesi Lawatan Antarabangsa yang wajib dianggotai oleh setiap pelajar Usim yang dibahagikan mengikut program masing-masing. Kami diiringi oleh Dr Nasief  pensyarah USIM dan  En. Muhammad Ghous dari Al-Hijrah travel membantu urusan perjalanan kami sepanjang berada di Medan.

KLIA
 Selepas taklimat, kami semua menuju ke balai check-in. setiap orang menyerahkan pasport masing-masing untuk urusan check-in. Oleh kerana bilangan kami yang ramai, kami terpaksa tunggu buat seketika sebelum nama kami dipanggil untuk urusan memasukkan beg ke dalam kargo.

Ketika itu tiba-tiba ust. Ghous memanggil Haziqah selaku runner dan orang yang paling banyak membantu  melancarkan urusan kami ke medan ini.
 Pada mulanya kami biasa-biasa sahaja namun setelah melihat agak lama perbincangan antara Haziqah, en Ghous dan MT yang lain , aku mula rasa ada yang tak kena. Rupa-rupanya passport pengiring kami, DR Nasif, akan mencapai tarikh luputnya. Jika perjalanan diteruskan tanpa memperbaharui passport, masalah lain akan timbul.

Perjalanan terpaksa diteruskan tanpa Dr Nasief. Dalam kesedihan, kami semua terpaksa melepaskan Dr. Nasief pulang semula ke Nilai. Semua sudah hilang semangat pada ketika itu kerana tiada wakil pensyarah USIM mengiringi perjalanan kami kesana.

Kira-kira 5.40 pagi Malaysia, kami menaiki MAS BOEING XXX . Kapal terbang bergerak pada 5.50am dan sampai pada 6.50am Malaysia. Sampai di Medan, semua kalut mencari surau untuk menunaikan Solat memandangkan hari sudah siang walau pada waktu itu jam baru menunjukkan pukul 6am waktu Indonesia.


No comments:

Post a Comment