Sampai di
kawasan Parapat, mas Andy cerita la tentang asal nama parapat ni. Banyak juga
la koleksi cerita yang dia bagi tapi satu je versi yang aku ingat. Ceritanya
berbunyi begini:
Kawasan
parapat suasananya lebih kurang macam kat Cameron Highland, sejuk, pergunungan.
Oleh
sebab sejuk, ada la sepasang suami isteri yang baru kahwin ni. Si isteri yang
sejuk berkata kepada suaminya, pak, rapat pak…
kata2 itu di ulang selalu hinggalah akhirnya perkampungan itu dinamakan
Parapat.
Oleh
kerana kampung ini berada sekitar tasik toba, maka kebanyakan penduduk di sini
berketurunan batak Toba
SIANTAR
HOTEL
Sampai di
Parapat, terus check in Siantar hotel. Kira-kira pukul 2pm gitu sampainya. Kat
sinilah aku telah melakukan sesuatu yang paling merugikan diri sendiri dan
seorang traveller tak patut buat pun.
Masuk
bilik, awal2 rumet dah chop katilnyer sebelah tingkap, aku redho jela. Kami membersihkan diri, solat jamak zohor dan
asar. Oleh kerana penat 5 jam perjalanan di dalam bas, kami terTIDUR. TIDUR?
Haa ini lah yang aku kata perkara yang
paling merugikan yang aku dah buat.
Tidur siang kott!! (kalau 'just take a nap', it's ok)
Seorang
pengembara tak patut tidur selagi belum masanya tak kiralah penat macam mana
pun. . Kan dah terlepas peluang nak rewang2 sekitar siantar hotel, parapat
village dan menikmati keindahan tasik toba sambil tangkap gambar selfie mahupun
yang bukan selfie.
Tak
mengapalah, ku maafkan diriku sebab itu kali pertama travel, insha ALLAH travel
yang seterusnya nanti tak kan ku ulangi lagi..
Sebenarnya banyak pengajaran dan pengalaman
yang aku dapat sepanjang lawatan antarabangsa ini..
Ada yang
manis, ada yang pahit, ada yang kecewa dan sesal tak berguna. Adat la orang
mengembara mesti banyak kenangan dan pengajaran yang ditimba.
5.30pm
Tersedar
dari lena yang panjang.
Jeling kat tingkap, hari dah nak malam. Baru terfikir menyesal tak sempat da nak jalan2 sekitar hotel. Melihat pemandangan ciptaan ALLAH yang indah lagi cantik. 5.30pm Indonesia macam 6.30 Pm Malaysia. Hari dah nak gelap, terus ku bersiap2 memandangkan masih ada beberapa minit berbaki untuk berjalan2 sekitar hotel sebelum makan malam jam tujuh.
Jeling kat tingkap, hari dah nak malam. Baru terfikir menyesal tak sempat da nak jalan2 sekitar hotel. Melihat pemandangan ciptaan ALLAH yang indah lagi cantik. 5.30pm Indonesia macam 6.30 Pm Malaysia. Hari dah nak gelap, terus ku bersiap2 memandangkan masih ada beberapa minit berbaki untuk berjalan2 sekitar hotel sebelum makan malam jam tujuh.
Makan
malam di restoran Istana Minang. Disajikan hidangan istimewa Minang. Ada ulam
ulaman, sambal, udang, ikan kering dan sebagainya. Tak pelik mana pun. Lebih kurang macam
makanan ala2 kampung gitu.
Seusai
makan, kami jalan2 di sekitar kedai2 yang berhampiran. Dapat la aku belikan wa
dan ma gelang seorang satu. Murah je, 25 ribu kalau tak silap satu gelang tu.
Hampir pukul 10pm, sesi merewang tamat, kami perlu balik ke tempat penginapan.
Aku pun naik bas. Duduk je kat dalam bas baru aku terperasan gelang yang aku
beli tadi kedua duanya berwarna kuning. Aku pelik juga, rasanya di kedai tadi
aku dah pilih warna lain, biru, purple dengan merah kalau tak silap, entah la
macam mana boleh jadik warna kuning lepas je aku naek bas. Pelik bin hairan.
Sampai
hotel layan tv jap, kot2 la ader sinetron atau ape2 yang best untuk dilayan.
Tibe2 perasaan mengantuk menghantui, lalu aku pun tidur selepas menekan suis
off tv dan lampu..
No comments:
Post a Comment