Wednesday, June 10, 2015

Medan : Hari Kedua

Sarapan
Pagi tuh janjinye pukul lapan dah kene siap skali check out hotel. So pagi tu excited la bangun awal. Tapi seingat aku tak la awal mane dalam pukul 6.30 jugak la kalau tak silap. Yang pasti pukul 7am kitorang dah ader kat café untuk sarapan. Then jalan jalan jap sekitar hotel tu, nikmati pemandangan tasek toba dan parapat village.
Usai sarapan, kitorang naik feri menuju ke Samosir Island.


SAMOSIR ISLAND
Sejam menaiki feri, sampaila kat Ambarita Village. Yang populer kat kampung ni ialah Istana Siallagan. Kitorang lawat Huta Siallagan. Kampung ni biasa rumah 3 tingkat. Yang bawah sekali untuk haiwan ternakan. Tingkat 2 ruang untuk keluarga tanpa bilik dan dapur. Tingkat tiga untuk simpan stok makanan.
Setiap rumah kalau perasan ada monumen cicak kat atas pintu rumah. Tak de la nak kate diorang ni agungkan cicak, Cuma katenye cicak simbol persahabatan. Campak je kat mana2 pun, tetap boleh sesuaikan diri. Orang sini ajar anak dorang agar pandai merantau tapi tak lupa kampung halaman. Jauh mane pergi pun hujung2 nanti tetap balik kampung.
Bak kate mas andy kemungkinan tahun 2050 nanti kampung ni mungkin dah jadi tanah perkuburan sebab orang yang merantau, apabila mereka meninggal dunia di luar kota, mayat mereka akan dibawa pulang dan dikuburkan di kampung tempat mereka lahir.
Kalau kita orang melayu dan islam, ucap selamat kita adalah selamat sejahtera atau assalamualaikum. Orang di sini ucap selamat mereka adalah 'HORAS'. Kate mas andy kalau nak beli barang ucap HORAS 3x baru dapat diskaun. Kalau tak, mahal.

PATUNG SIGALE-GALE
Asal usul kewujudan patung ni adalah kerana pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang kematian anaknya. Sang raja terlalu rindu akan anaknya sehingga jatuh sakit. Maka para bomoh diraja dipanggil untuk mengubati sakit sang raja.


Si Bomoh telah membuat patung ini yang pandai menari. Apabila raja merasa rindu akan anaknya, maka patung ini akan dibawa ke hadapan raja lalu ia menari. Makanya, kesihatan raja kembali pulih.

TOMOK VILLAGE
Kat sini sepatutnye(dalam list) kitorang akan lawat makam. Oleh kerana kesuntukan masa kami hanya jalan2 beli cenderamata. Aduhh nyesal betol tak beli cenderamata kat sini.

Selamat tinggal samosir island...


SIMARJARUNJUNG
Melalui liku2 jalan yang sempit, cerun yang curam. Sebelah kanan bukit sebelah kiri boleh la lihat pemandangan tasik toba yang kian jauh.. Sempitnya jalan dia rasa macam jalan tuh sesuai untuk one way je. Perasaan naik lereng bukit ni lagi dasyat dari naik lereng bukit jalan Tapah nk ke Cameron Highland. Dahsyat sangat. Jalan dah la sempit, berlopak-lopak pulak tu. Kecut perut jugak rasa memandangkan sebelah kiri tuh gaung. Dah la naik bas. Memang sepanjang perjalanan tak harap bertembung dengan mana-mana kenderaan.

Berangan je la boleh. Jalan kat sini bukan jalan Tapah atau Highway Raub sunyi sepi setiap sejam baru ada sebuah kereta di arah bertentangan. Setiap 15 minit te konfem ade kendraan lalu. Sampai satu saat tetiba muncul sebuah lori dari arah bertentangan. Kecut perut jugak, pada hemah aku mesti salah satu kenderaan kena undur sampai jumpa tempat lapang dan selamat sikit baru leh cross. Tapi tidak. Bas aku berhenti sejenak. Pilot keluar dari bas dan kawal situasi. En. Lori pun bergerak perahan-lahan melewati kami. Dekat giler dengan dinding bas sebelah kanan aku je. Sikit pun tak kena dan tak calar. Selamat. Perjalanan diteruskan.

Simarjarunjung merupakan sebuah pusat hentian macam RnR gitu tapi kat sini Cuma ada café je, takde stesen minyak. Simarjarunjung terkenal dengan teh halia nya dan di sinilah kenangan PAHIT tercipta.

Masuk tempat tu terus duduk tepi tingkap. Duduk je tetiba pelayan datang. Oleh sebab aku dah pernah minum teh halia versi Malaysia, so aku order jela. Ingatkan kena tunggu lama macam biasa tapi tidak. Pelayan tu terus ambil cawan tersedia kat atas meja dan tuang teh halia yang sedia ada dari jug yang dia pegang.

Aku pandang dan tergamam. Depan mata aku tersedia secawan air berwarna hitam. Hitam macam kopi pun ada. Seumur hidup inilah kali pertama aku melihat air teh warnanya hitam. Tiba-tiba jadi takut nak cuba rasa. Lepas nampak Aiin minum sikit, aku curious. Jadi aku pun cedok la sesudu air masuk mulut. Cett!! Pahitt!!! Sebenarnya tak tau la nak cakAP pahit ke ape. Seme rasa ada, pahit, pedas, dan berangin.

Rasa teh dan rasa manis takde langsung!!  Mujur la kat atas meja tu ada disediakan krim dan gula halus. Macam lega sikit. Tapi lepas letak bende tu pun masih kuat lagi rasanye. Nak tolak atau buang, sayang. Sebab harganya mahal kot. Tak ingat berapa ribu rupiah dalam 5-6 RM jugak la.
Usai minum, Aiin pi bayar, sebelum keluar sempat la aku tengok bahan-bahan yang terdapat dalam teh yang amat dahsyat tuh. Dahsat! Memang dahsyat!! Telan je la. Semua dah sampai ke perut. Senyum jela tengok bahan2 tuh.


SIPISO-PISO WATERFALL

Turun je dari bas, ingatkan boleh nampak air terjun 100meter depan mata. Tapi tak, tak tau la berapa ribu kilometer air terjun tuh dari tempat aku berdiri. Subhanallah takjub lajugak dengan ciptaan ALLAH dan bersyukur sebab kali pertama dapat tengok air terjun yang gila-gila tinggi tu depan mata.
Then, aku teman Masyi pi carik tandas. Tengok dari jauh macam tandas berbayar. hajat masyi tercancel disitu. Oleh sebab itu, aku tak sempat bergambar beramai-ramai bersama ahli rombongan berbackgroundkan air terjun. Kemudian kitorang bergambar kat satu sudut lain. Kat sinilah pemandangan terakhir tasik Toba boleh dilihat. Subhanallah cantik sangat. Tak sama pandangan mata sendiri dengan gambar yang ditangkap.


BERASTAGI
Dari jauh nampak pemandangan gunung berapi. Tak ingat dah kisah yang diceritakan pasal gunung  berapi ni. Tapi tanah kat sini subur. Orang kampung suka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi tak tanam padi. Sampai beras pun takde lagi da. Dari sinilah dinamakan tempat ni berastagi. Merata-rata tepi jalan ada orang menjual. Yang uniknya wanita yang menjaja tu. Yang menjaja sambil menyusukan anak pun ada. Kat sini memang perempuan yang bekerja cari nafkah, layan suami, jaga anak, si suami kerja dia duduk relax dan buat anak jela.
Sepanjang jalan nampak setiap rumah mesti ada arial. Tapi besar gile macam piring nak kaji cuaca. Yang sedihnye tak dapat tangkap gamba arial besar tuh sebab bas tengah jalan.
Sebelum sampai hotel, singgah pasar buah-buahan. Macam  pasar malam la kalau kat malaysia. Kat sini banyak dijual pisang kaki. Orang kampung suka tanam dan jual tapi diorang sendiri pun tak makan pisang tuh.

Green Garden Hotel
Dah gelap baru sampai. Sebelum check in makan malam dulu. Kat sini dia hidang tomyam. Alaa lebih kurang menu malaysia je. Cuma ada taraf hotel la sikit makanannya. Malam tu lepas post mortem bebudak laki terjun kolam. Yang perempuan jira, kak susi n the gang pun join. Aku saangat teringin, tapi tade masa nak layan. Masuk bilek, mandi, tidur.



2 comments: