Friday, July 3, 2015

Medan : 4th day

Sedihnye bila nak citer sal hari terakhir. Dah nak balik daa, waaa ..

PESANTREN DARUSSALAM
Kalau ikut jadual, sepatutnya hari pertama turun kapal terbang terus lawat pesantren ni. Atas sebab tertentu, baru hari ini dapat lawat. Sambutan agak mengharukan. Not bad la. Yang bagusnye kat pesantren ni sangat menekan kan bahasa arab dan bahasa inggeris. So bila pelajar dah keluar pesantren ni, diorang boleh speaking, boleh cakap Arab. Yang bagusnya, cikgu-cikgu diorang sendiri cakap Arab dengan pelajar. Suasana yang begitulah yang boleh buat para pelajar terbiasa dan pandai cakap Arab.  Waktu ni kitorang dah ada guru pengiring, Dr Malek.

Nak kejar masa punye pasal, rela tak makan tengahari.

IAIN MEDAN
Dalam perjalanan aku rasa macam tak sedap hati. So aku tanya runner, dah call ke pihak IAIN bagitahu yang kita nak datang?
Runner relax je dan senyum katanye semua dah setel memandangkan yang berurusan dengan pihak IAIN bukan runner, tapi runner 2.
Tapi bagi aku, walaupun dah setel, kita patut bagitau jugak pihak universiti yang kami akan sampai lepas zohor. Senang diorang nak buat persediaan. Oleh sebab runner ngan runner 2 tak risau pun, aku pun malas nak sibuk-sibuk kerja orang. Ikut je situasi.

Sampai IAIN, pelajar tak ramai sebab hari tu cuti. Cari fakultas yang sesuai untuk parking. Kat sini jumpa kak Waji sorang je. (pelajar kulliyah waktu STAM) :)   Malas nak cerita banyak2 pasal IAIN, sebab nak cepat gi pasar ikan..

PASAR IKAN
Keluar dari IAIN, semua orang mendoakan agar pasar ikan tak tutup. Sebab kitorang dah cuba sedaya upaya pergi seawal mungkin, solat jamak zohor asar express dan sanggup tinggal makan tengahari. Lebih kurang 3.45 petang sampai pasar ikan. Kitorang diberi masa shopping kat situ sampai pukul 6petang. Bagi aku masa yang diberi lama sangat.
Walau nama dia pasar ikan, tapi sekor ikan pun tadek. Pasar ni pasar kain. Banyak kain pasang, telekung, kaen batik, pelikat, sejadah, tudung dsb. Semua jenis kain la ader. Aku ni tak la minat sangat nak beli kain-kain pasang ni, sebab harga satu, yang kedua sebab kain pasang dah belambak sangat kat rumah tak berjahit.
Mula-mula jalan ramai-ramai, last -last tinggal aku dengan Ain je. Yang laen dah ada haluan dan matlamat masing-masing. Aku saje teman Aiin carikan baju untuk family dia. Dalam sejam lebih jugak kot melayan. Hingga hampir semua matlamat Aiin tercapai, kitorang pun berjalan pulang mencari sahabat yang laen. Dalam perjalanan pulang , singgah kedai batik. Kat sini la aku beli kain batik 5 pasang rm50 untuk akak2 aku. Puas hati at least ada jugak barang yang dibeli selama hampir 3 jam kat pasar ikan tu.

Waktu mula2 sampai medan, kitorang semua dah decide kena beli satu barang untuk tukar tukar hadiah pada malam terakhir nanti. Aku kena bagi kat Apih. Sape yang kena bagi aku? Haa begini ceritanaya..

Oleh sebab itu hari terakhir, semua orang bertungkus lumus mencari  dan membeli hadiah yang sesuai untuk orang yang dia kena bagi. Ada yang terkantoi, ada jugak yang tetap menyimpan rahsia. Waktu mula-mula teman Aiin cari barang, tetiba 'some one' masuk kedai yang sama. Buat-buat macam cari barang. Pastu tetiba Dia tanya Aiin, " kalau Aiin kan, Aiin suka orang bagi apa ye?" aku tak ingat Aiin jawab ape lepas tu yang pastinya Dia sikit pun tak tanya aku, padahal aku ada sekali kat situ. Ape la salahnya tanya pendapat aku jugak. Macam ada something je Dia ni.

Then, kitorang pergi kedai lain, terserempak dengan haziqah, kak Ida, Jannah n so on. Kat kedai tu la aku belikan kaen pelikat untuk yus. Tapi sampai sekarang tak bagi bagi lagi kain pelikat tu..
Kat kedai tu jugak tetiba muncul 'the same one' then dia tanya sorang-sorang, kalau diorang dapat hadiah, nak hadiah ape. Dia tanya Ziqah, Kak Ida, Jannah . Last sekali Dia tanya, " kalau Masitah suka ape?"
"kalau saye, saye nak shawl" then aku terus pergi dengan Aiin ke kedai hadapan nak cari shawl untuk sepupu Aiin. A bit shame actually, sebab aku rasa dia yg akan bagi aku hadiah malam nanti. so aku jujur je la cakap apa yang aku nak.
Waktu tengah belek2 shawl dan tawar menawar harga datang pulak dah Kak Ida n the gang tadi termasuk Dia sekali pergi kedai tudung sebelah kedai kami. Waktu tu tetibe ada orang tanya , "masitah suka warna apa ye?"  sebab akau dah dapat agak, aku jawab je, "hijau atau purple"
Then Dia confess, "sebenarnye saya kena bagi hadiah kat awak, so awak pilih la awak nak yang mane?"
Muka aku tetibe panass. Malu siot.. Tak tau la ape yang malunye. Tapi bagi aku kalau ada orang cakap nak belikan hadiah depan mata kita konfem la kita akan malu2 kucing. Ye dak? Dengan bantuan wanita2 yang membantu , diorang pilih satu warna, hijau kelabu. Then tanya aku suka tak yang ni?? "ermm tak yah la, mahal la kat sini , cari la kedai lain.." ayat macam tak nak kan, sebenarnya aku cakap tu sebab nak cover malu tadi. Tapi shawl yang dia tunjuk tu memang tak cantik pun bagi aku sebab aku suka warna terang. Then dia tunjuk lagi dua pilihan so aku pilih satu dalam perasaan malu2 kucing. Seriusly, aku tak suka orang bagi hadiah yang aku kena pilih sendiri depan mata. Pergi la jauh2 cari kedai lain then bagi je wane ape2 pun, baru surprise sikit. 

By the way, I hope 'You' can find something more special there and give it to your beloved wife.

GARUDA PLAZA HOTEL. The last night
Lepas acara tukar hadiah, aku n beberapa yang lain nak pi merayau lagi. Puas pujuk si gentlemen, seme tanak. Pastu kitorang gerak je ramai-ramai. Keluar dari hotel, biasanya ada pakcik jual baju2 n cendramata. Sejak semalam lagi. Cadangnye aku nak beli dekat pakcik te hari last. Kot-kot dapat murah hari last kan. Tapi waktu aku keluar te pakcik te dah tak de. Ade mas sorang. Baju2 dan cendramata yang aku nak tu pun tade, dia jual bende lain. So terkubur la hasrat aku nak beli. Kecewa nya malam ni…. :(
Garuda Plaza Hotel memang best. Paling kelas la dibandingkan hotel2 lain yang pernah pergi hari sebelumnya. Kali pertama masuk bilik guna kad gores dan masuk. Teruja la waktu mula2 masuk. Yang paling best Garuda ni pasal set bilik tidur dia memang lena tanak bangun la. Empuk giler, gebu, lembut dan tebal toto dia. Memang kalau tido macam tanak bangun je rasa. Walau garuda ni bilik dia merupakan bilik yang paling kecil nak dibandingkan dengan hotel lain yang lebih luas, tak la kisah sangat sebab hati dah terubat dengan katil yang empuk toto gebu tuh.
Balik dari kedai, lebih kurang 10 lebih dah. Baru tu nak mengemas barang. Esok pukul 3 tayar dah kena golek. So kalau tido pun kene bangun awal la, dalam pukul 2 dah patut bangun. Siap kemas barang, aku berazam tak nak tido sebab dah lewat da. Takut tak sedar esok pagi. Siap kemas dan mandi bagai, aku tengok tv jap. Waktu te kak ida dah lentok dah. Aku layan tv sorang-sorang. Waktu te dah pukul 12pm. Ada lagi 2 jam nak bersiap balik.
Tetiba, aku nampqak katil , dan toto melambai-lambai. Aku terbayang-bayang keenakan berada dalam sauna toto yang lembut. Tiba-tiba sang bantal pun melambai kat aku. Aduh!! Sedapnye baring atas bantal gebu, atas tilam empuk, dalam toto yang tebal, lembut, ringan dan selesa.. Aku tenggelam dalam arus toto yang kian deras menenggelamiku. Remote control dicapai. Tv ditutup. Cakap dalam hati, "nak baring je! Nak baring je!! Tak nak tido! Tak nak tido pleasee!! Baring je tau!!!. "
Lena dalam dakapan sang toto yang lembut lagi selesa. zzzz.... 



No comments:

Post a Comment