30 JUN
2013
Selepas
makan tengahari dan solat, ada briefing sikit kat dewan. Dari tuan pengarah, Madi dan en Azmi, kitorang dapat satu
berita buruk. The bad news is, actually we all are not dialu-alukan ke kampung
orang asli ni. Jadi petang tu selepas asar sepatutnya ada majlis penyerahan
anak angkat tapi ia ditunda esok hari atau mungkin terus tiada majlis tu. Kami
dapat berita lagi bahawa sesungguhnya hampir semua penduduk kampung dah lari
masuk hutan. Tak suka kot orang luar datang. And then waktu kami datang tu pun
memang ketara la kampung tu macam sunyi je.
Rupa-rupanya semua dah pi masuk hutan sebenarnya. Sedih tak sedih
nak wat camane, tapi bagi aku, aku rasa biasa-biasa je bcoz of this is my first
experience making a program at kg org asli. Bagi senior2 yg dah 3-4 kali
berpengalaman dengan org asli ni diorang rase this is the bad. Diorang rase kat
sinilah yg paling teruk hari pertamanya berbanding kg org asli kt tempat lain.
Aku? Aku ok je..:)
nasib baik la ada jugak bebudak anak-anak orang asli yang bermain di sekitar tempat pogram. merekalah mad'u kami untuk petang itu ..
Petang itu juga kami, para sukarelawan beserta ajk dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Group aku
:
ketua : kak nana
-masitah
-syakira
-kak
nasim
-kak jannah
Dan dua
orang muslimin yg kitorang pun tak
Pernah
tau namenye (x taaruf pun)
1800pm
Semua
peserta(usim) pogem dibahagikan secara rawak. Aku tak pasti ada berapa group
mungkin dalam 16 ke 20 group macam tu la. Setiap group akan dikepalai oleh
seorang ketua yang dah berpengalaman berkali-kali untuk program orang asli.
Lebih kurang pukul 6pm semua group bergerak menuju ke kediaman orang
asli. Setiap group kena dapatkan sebuah rumah dan mohon untuk jadi anak angkat
kepada ahli rumah tu.
My group got one house even pada permulaannya
dia macam nak tak nak je terima kitorang. Mula2 waktu kitorang dekati akak tu,
dia cakap dia kotor, coz waktu tu dia tengah sapu dan bakar sampah.
Kak nana
: selamat petang akak…
Kak
zila : (wat dengar tak dengar je)
Kak nana
: akak, boleh tak kitorang nak borak2 sikit..
Oleh sebab kat kawasan belakang rumah dia tu memang agak er… so kak
zila bawa kitorang ke depan rumah. Kak nana tak berputus asa mendekati. Kak
nana yg banyak borak2 cuba rapat2 sikit dengan kak zila. Kak zila pula banyak
merendah diri..
Kak zila
: tak pela akak kotor ni, sapu sampah
tadi, nak pergi mandi dulu ni, nanti kalau lambat takde air..
Sambil memegang tangan kak zila. Kak nana berkata
Kak nana
: eh tak pe, tak pe kak kite same je, kitorang pun kotor jugak, tak mandi jugak
lagi ni.. Akak kat
Sini kalau petang2 selalu takde air ea?
Kak zila
: iye la, kalau pagi tu sampai pukul 8 je dia buka, petang pulak sekejap je dia
bukak airnye kalau lambat habis la airnye.
Kak nana
: oh ye ke, akak sudi tak kalau akak ambil kitorang jadi adik angkat akak?
Kak zila
: em, tak tahu la.nanti la saya tanye
suami dulu..
Kak nana
: em, tak pe lah kak, 6t akak tanye suami akak tau, kitorang balik dulu ea,
karang abes pulak air. Esok kitorang datang lagi, bye kak zila..
nak tau kak zila terima ke tak kitorang sebagai adik angkat, ikuti kisah seterusnya untuk entri yang akan datang, daa
No comments:
Post a Comment